Hidden case 2 - FOR Msaifuddin.com
Apa cerita yang ingin aku sampaikan kali ini. Rasanya tak banyak yang aku nak share pada korang dan tidak salah aku katakan aku agak tidak keruan beberapa hari. Kini menghitung hari keramat pada bulan ini dan juga hari keramat yang bakal membuatkan aku terpaksa blah dari dunia sabah ini. Maafkan aku sebab terpaksa mengambil langkah yang drastik ini walaupun sebenarnya aku tidak berapa suka dengan langkah-langkah yang bakal aku lakukan selepas ini. Tapi apakah dayaku, ini merupakan langkah yang aku rasa macam terbaik untuk dilakukan..
Oklah cukup sessi merapu rapik dari luahan usus kecil aku yang asyik sakit dua tiga hari ini. BEst plak makan mangga muda tadi. Rasa pedasa campur masam dan ada rasa manis sikit. Macam itulah jugak..
Haha..habis terbang lagi duit aku dalam minggu ini disebabkan aku accident motor masa raya korban aritu.MYR235..mana aku nak cekau duit tu semua? Kebanyakkan duit aku dah habis aku bayar sewa rumah dengan duit streamyx dan bil-bil yang sepatutnya. dan nasib baik dan syukur tangan aku dah semakin pulih. Dah boleh pukul orang balik selepas ini. Dah boleh belasah budak2 yg aku tak suka dan bengang. Kalau nak ikutkan terlalu ramai yang aku nak belasah. Terkenang balik zaman-zaman muda aku dlu. Belasah orang ikut suka je..Lum cerita gi balai sana sini lagi..Kalaulah famili aku tau..hancus aku.Lagi bengang plak klu diorang baca blog aku ini. Nasiblah..aku dah nekad nk tulis apa yang aku tak puas hati hanya kat blog ini. LAgi pun hanya Din dan orang2 tertentu sahaja yg selalu melawat ke blog aku ini. Tak ramai pun tapi cukuplah kalau ada pelanggan tetap macam din..tankyu aa din..nanti aku belanja ko lolipop!

Aku kembali sibuk dengan urusan-urusan yang aku rasa aku perlu untuk sibuk. TUnggu jelah nanti..harap dapat pulangan yang setimpal dengan usaha aku ini. Haha..din, ko kena tolong aku banyak benda ni. Nasiblah ko..mana ko nak pegi hah..meh sini ko..
Oklah..nak gi makan nasi. Lapar..
PS : hah din, ada lag satu benda hidden dalam ni..hah, cuba ko trace plak..
Posted at 10:26 am by
rebana