<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31



My site is listed at SurfGopher

sUPPORT bANNER dan Plug


Free Hit Counter

Top Business Blogs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, January 01, 2007
Somethin' hidden..

Malam yang kalau boleh aku hendak kongsikan bersama dengan orang yg aku sayang..hem..sayangnya aku tak leh tido skrg..jam pc aku menunjukkan jam tepat 5.32 pagi..tapi jam tangan aku menunjukkan jam kul 4.56 pagi..so, jam kat pc aku yg saLah la...haha!Shades

Ok..just want share something. I miss someOne this time..Im just missing her and don't know where can i found her again and again in my life..she just go without say something to me..Just like wind..juSt moVe like that..Hooho..My little hEart was crazy like hell now..

Just forget it a moment. I just want to says something that i don't really want to share with you all. JUst want to shout out what i feel right now..Hem...shout out!!!
Ok...i fEel comfort now.HEhe..Wink

Aku baRu je balik dari Growball tengok "Night at the Museum" dengan budak2 rumah aku. Hari ini ada sorang lagi roomate baru kat rumah aku baru masuk. Dan esok akan masuk lagi satu orang yang mengenapkan 7 orang taliban sesat dari serata pelusuk tanah air yang sesat di satu rumah yg ternyorok di balik Ujana Kingfisher yang memang tak diketahui kat mana dalam peta Kota kinabalu 2007. Aku jamin takdelagi..cry

Dan...kami singgah aziz kejap sebelum sampai rumah. Naik keta si kawan baru aku. Ntah apa nama dia ek. Lupalah plak. Nanti aku tanya balik. Dia ada kat bawah dengan ajib sama shah. Borak je manjang hari ini. Satu hari yang baik dengan berjumpa satu lagi jenis orang baru kat bumi Sabah ni. So far, He is nice and generoous. Weh azrani..mana ko hah..apa ko wat balik semenanjung tu?? BIla nak mai sini balik??

OKlah..enough. Need to flying to my dream because to late. Type off..

PS: Ada something yg aku nak sampaikan..itupun kalau korang leh teka apa yg aku cuba sampaikan..hoho..

Posted at 12:03 pm by rebana
Comments (2)  

Hari Isnin Pertama dalam Tahun 2007


Hari ini tak buat apa-apa..cuma hari ini ada berita baik..ada sorang roomate baru kat rumah aku ini akan masuk esok..Dia akan dok kat master room bersama-sama Ganesh dan aku dok dengan member cam biasa.. kalau ikutkan aku akan dok dengan budak baru...dan kami semua menunggu hingga bulan July nanti untuk blah dari sini..Shades

OK..hari ini takde cerita yang best sangat tapi aku bercadang nak buat sesuatu hari ini yang berbeza sedikit berbanding semalam. Apa dia? Rahsia..

Oklah..babai..nak masak air dan nak wat air teh..:)

Posted at 04:58 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Sunday, December 31, 2006
AKu accident arini la plak..

Haha..nak dijadikan cerita untuk hari yang bersejarah pada 31 Disember yang pastinya aku akan ingat setiap tahun..aku accident motor pada waktu hujan...tepat pada jam 4 petang semasa aku cuba untuk membeli makanan di Giant kat kingfisher plaza..haha..teruk gak aku accident dibuatnnya..dan ini membuatkan aku sentiasa bengang sebab tangan belah kanan aku teruk luka..calar balar sudah tentu..ini luka sampai darah mengalir..aku dah seram sejuk bila darah aku mengalir deras..cam air sirap pekat tanpa gula je...haha..aku tumpah darah akhirnya di akhir tahun ini..

Hehe..cite pasal akhir tahun nih...memacam dah berlaku..ingat nak buat footnote sket..nantilah..aku malas nih..tangan kanan aku masih sukar untuk menaip di papan kekunci ku ini..rasa kebas semacam je dan kaki aku toksah cakaplah..mcam kaku semacam je..lebam belah kanan..cam ada dinasaur ternak dalam tulang kaki aku tuh..semacam je aku rasa..hantu air betul la..wah wah wah..

Din.mana ko..sampai ati ko tak amik masa ujan tadi..aku balk jalan kaki tu tau..takde sape nak tumpangkan aku dengan motor si ajib tuh..abih tayar depan gelong..kena gantilah gamaknya..terbang lagi duit aku..jap agi aku nak check maybank aku..dah ada duit lum...

OKla...esok dah tahun baru..memacam dah kena buat. dah tak leh main-main..kene series..hehe..wokeh. Chow..nak mandi!!

Posted at 03:07 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Saturday, December 30, 2006
TEsting Adbrite coding..

OK.. aku nak testing coding html untuk banner aku..alhamdulilah..ada gak line internet hari ini..nampak gaya leh la aku online pada malam hari raya korban nih..walaupun raya kali ni aku sambut diperantauan tapi tetap sedih gak pada hari raya nih..tak tau esok nak solat raya kat mana..din, ko amik aku din...




Satu lagi aku nak test pasal adbrite nih gak..din, ko dah masuk adbrite belum? haha..aku tau ko dah masuk punyye..hehe..



OK...cukupla..nanti malam aku sambung balik..nak mandi jap. Lapar gila walaupun aku dah makan nasi ayam petang tadi..syukur. ada balik internet..walaupun gempa bumi kat Taiwan nih dah menyusahkan para internet, tapi kena bersyukur gempa bumi tu tak kena kat sabah nih...cuma kawasan kudat je yg kena berhati-hati.,..situ dekat dgn laut..

wokeh..chow. nak mandi..

PS: DIn..kalau ko nak join jutawan.eracash nih..ko kena ada akaun adbrite nih dlu..pastu ko follow je step by step arahan dia..dapat tak dapat aku tak tau..aku try je nih..member aku dah asik pakse aku masuk je..:(

Posted at 03:15 am by rebana
Comment (1)  

Friday, December 22, 2006
MAndi petang



Aku baru je lepas mandi petang. Lepas ni nak solat asar plak..dah macam lambat plak..hehe. Baru je berjaya recover sebahagian besar partition aku yg hilang dulu. NAsib baik leh recover balik guna software getdatabak for NTFS version 2.80. Kalau tak memang naya je aku dibuatnya. Semua budak2 rumah aku suruh aku format partition tu.Tidak..itulah tempat simpan tesis aku. gambar2 aku..data praktikal dengan tesis aku..nota2 berharga aku. nota bisnes aku..ebook2 yang aku beli dan memacam lagi..pokoknya. Semua tu barang berharga aku lah..dah naik gila aku dari malam tadi tak dapat nak cover balik benda nih..terpaksela aku selongkar balik cd2 aku dlu..Jumpala software ni...nasib baik aku ingat..kus semangat Allah nak tolong aku agaknya hari ni..Terima kasih..Wink

Ok..ada lagi sebagian aku tak cover lagi. Pasni nak makan. Pstu sambung balik recover. Pst main exodus.. Pastu 3 jam stick dengan mylot..aku tak cover mylot lagi untuk hari ini. Matlamat 100 post yang berkualiti untuk hari Sabtu yang bertuah ini. Satu lagi hari yang lebih baik dari hari semalam..Syukur.Big Smile

Ok..babai. Nak jumpa tuhan..ehheheh..Din, meh sekali..Wink

Posted at 11:22 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Wednesday, December 20, 2006
5.23 Pagi Khamis

Hari yang agak menyakitkan hati. Sebabnya aku tido sepanjang hari. badan aku letih semacam dan aku terpaksa memaksa diri aku sendiri untuk tidur. Tak tahan sebenarnya tapi kena pakse gak. Takut apa-apa yg tak baik jdi. Badan semakin hari semakin lemah dan kurang makan makanan berkhasiat. Itulah akibat budak yg degil dan tak nak dengar cakap orang. APa la nak jadi dengan aku ni.

Sayugia aku nak bagitahu..aku telah berjaya dalam satu program yg aku sedang soal siasat. nanti aku habaq kat korang apa kebendanya bendalah tu.

Dan sebetulnya aku sangat penat ni. Tapi aku mesti tulis sesuatu pagi ni..Aku rindu nak balik Banting. Nak jumpa mak abah aku dan orang lain. Nak makan belacan orang lain. Tapi ada benda aku tak selesaikan lagi. Masalah tu nak tak nak aku kena selesaikan barulah aku boleh beli tiket airasia untuk balik rumah. Sangat menyakitkan hati dan agak bengang sedikit. Hal apa, nantila dlu. Belum sesuai untuk diceritakan dan aku agak penat skrg.

Sori..aku nak mandi
5.23 pagi..

Posted at 09:39 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Tuesday, December 19, 2006
Dizzy+SIck+heart broken+Crazy+Idiot+Internet Broken DOwn

Petang nih aku nak celoteh sikit. ALhamdulillah. Genap 1 hari setengah habis satu rumah member2 aku naik gila sebab rumah dan kawasan perumahan yang aku duduk sekarang tak dapat connection internet. Dah jenuh tangan ni setting sana sini. Tak jadi jugak. Rupa-rupanya memang orang TMpoint punya hal. depa kata ada msalah itu ini. Nasib baik..aku ingat kitaorang dah wat salah gamaknya. Rasanya bil tetap bayar on time..:)

Sayugia nak bagitau aku demam teruk dua tiga hari ni. Mungkin sebab takde internet kot? Haha..takdelah..badan aku dah macam penat semacam je..Minyak dah habis kot. Kene reload balik agaknya..Maklumlah, hari-hari pakai badan nih..dah naik jammed agaknya tulang belikat aku nih. Asik mengadap komputer je 23 jam..1 jam aku tido.. Mana tak mampus cepat camtu. APalah nak jadi dengan aku. Keja manjang hidup sengsara. Tak guna gak kan? Haha..biarlah kalau dah gitu. Aku kena ubah gak hidup susah aku ni..sebab tu skrg kena sengsara sket..Takpe, janji aku tak mati lagi..Tak belanja lagi mak abah aku duit keja aku nih..NUn dok jauh diperantauan, tak tau bila gamaknya nak balik Banting. Ada bagusnya dok jauh ni, boleh kita main rindu-rindu..Huhu..:( Rindu belacan mak..

wokeh..aku nak mandi. Melekit dah badan nih..wa cau dlu. .Malam ni sambung online balik. Torrent aku ada masalah plak. Malam nanti aku letak link download yang baru. Wa cau dlu..Assalamualakum Ya ahli Jannah !!!

Posted at 01:13 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Next Page