<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31



My site is listed at SurfGopher

sUPPORT bANNER dan Plug


Free Hit Counter

Top Business Blogs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, January 15, 2007
Kena balik Banting

Jam tepat menunjukkan pukul 3.07 pagi waktu Malaysia dan aku tak tahu apa aku nak buat sekarang. Yang aku tahu hanya godak godem depan pc aku yang dah 1 hari lebih aku tak jumpa. Semalam pergi Kampung E dengan satu harapan. Apa harapan itu? HAa..cuba ko try cari Din..apa sebabnya. Ada dalam post aku kali ini. Amacam gi Labuan? Best tak? Tulah..tak ajak aku lagi..hampeh..cipuding sungguh.

Nak dijadikan cerita..esok aku nak gi jumpa wan. Aku rasa ada benda nak kena bincang sikit. Dan banyak gak benda yang diperlukan untuk kerja-kerja untuk e-perolehan ini. Pendek kata, aku leh wat katalog tu. Tak sesusah yang aku fikirkan. INi pun tengah baca macam2 maklumat pasal katalog ni.Aku rasa macam2 benda aku kena wat sekarang. Harap si wan dapat faham..

Pendek kata aku sibuk .PAnjang kata aku ni malas. Berita gembira. Abah aku beli Kelisa. So, kat rumah aku ada 2 kereta. 1 proton wira dan 1 Kelisa. Aku dah naik pening. Kaya sangat ke abah aku sampai leh beli 1 lagi bijik keta. Aku tak rasa abah aku gi rompak bank. YAng aku perasan. Memang abah aku banyak keja betul sekarang dan dia mengharapkan aku balik Banting dengan secepat mungkin. Abah aku ada tugas penting untuk aku. Jaga rumah dengan kereta baru dia. Dan dalam erti kata lain..aku kena amik mak aku balik dari sekolah setiap pagi dan petang. Sebab abah aku busy gila sekarang dan kadang2 susah nak amik mak aku dri sekolah. So, ini antara salah satu sebab utama aku kena balik rumah..Aku tak kesah. Asalkan aku dapat wat satu benda..benda tu setel. Aku akan balik secepat mungkin.

Okla..ada keja sikit. Berambus dlu. Assalamualaikum.

Posted at 10:39 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Saturday, January 13, 2007
Aku demam plak hari ini

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Aku setat demam teruk dari malam tadi. TAk tahulah kenapa dan ini membuatkan aku terasa bengang sedikit sedangkan aku menerima banyak kerja yang perlu dilakukan dengan segera. Sayugia aku terasa saki dan tak sedap badan memikirkan ini semua dan aku harap ini semua tidak menyusahkan aku untuk menyiapkan kerja-kerja aku.

OKlah..aku malas nak merapik banyak2 kat sini. Baik aku wat keje. Sakit pun sakitlah. Tahan jelah..rasa cam lambat je aku sembuh dari demam nih. BIasalah. Badan bermasalah. Kenalah selalu sakit dan buat kerja banyak sikit. Pasni aku nak mandi jap. Harap-harap tak apa yg teruk2 berlaku..Aku banyak kerja nih..

Dan aku dah dapat pengesahan dari Tanah besar semenanjung aku akan balik bila. Kepada siapa yg dah tau. Taulah..kepada siapa yang tak tahu. Abaikan ajelah. Aku bukan kesah sangat pun korang tahu atau tak. Yang aku pasti..aku harap dapat sembuh cepat dan balik rumah dengan kadar yg segera setelah aku menyetelkan kerja-kerja yg masih terbengkalai ini.

Ok..adios ! Akum..

Posted at 08:36 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Thursday, January 11, 2007
Sibuk Gila

Tal banyak aku nak cerita..dapat beberapa projek yg tak dapat aku tulis lagi kat sini..agak susah gak. Tapi aku kena cuba gak buat. Kalau tak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat buah sagunya. Betul tak?

Hari ini agak sibuk dan banyak benda aku ekna buat sampai tertidur aku masa tunggu download software dari eperolehan tadi. Banyak gak aku faham sket2 dari site nih. Harap2 aku dapat jawab esok bila aku jumpa wan nanti. Aku harap dapat terangkan serba sedikit pada dia walaupun aku rasa macam banyak benda aku tak tau la. NAsib baik dia dah wat separuh dan aku faham sikit2 la apa maksud dia..

Aku ada 2 projek dan ada 3 projek lain yg sedang menunguu. Betul la cakap ko din..cgyhost tu murah sikit. Takpe..aku survey pelan2..

OKla. Nak sambung kerja balik.


Posted at 07:08 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Monday, January 08, 2007
Crazy Busy

Baju Raya Korban aku, Cantik tak?

Aku penat betul keja hari ini..Baru je dapat dekat 10 dollar arinih..Hasil keje 2 jam lebih dari kul 2 pagi tadi. Badan aku dah tak larat nih. memang kena cari tukang urut rasanya. aku rasa dah smpai masanya aku berhenti kejap nih. Badan dah sakit cam kena palu belantan elektrik je..

Alhamdulilah..Tangan aku dah pulih. CUma tinggal parut je skrg. Harap2 takdelah kekal parut eksiden nih. Sakit di hati sape jelah yg tau. Penat tak usah citelah aku struggle gila 2,3 hari ini..nak tanak kena dapatkan dua ribu sebelum bulan 9 nih..Aku rasa leh cari dalam masa terdekat nih. Doakan aku lah ye..Aku harap sangat dapat bayar hutan orang2 yg jadi pak pajak untuk aku. Dan orang2 yg berhutan dengan aku, sila buat pembayaran di akaun maybank aku secepat mungkin, Aku dah tak berduit sekarang nih. harap2 korang dapat tunaikan permintaan aku ini. aku nak balik sabah lah..

Ask a question:  
Ok. Cukuplah..kalau ada soalan, boleh tanya kat toolbar ni..

Aku nak tidur. Dah penat sangat nih..Adios.

Join Dino.com ( aku dapat $5 dalam masa 2 jam sahaja. Lebih hebat dari Mylot )


Posted at 10:59 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Saturday, January 06, 2007
Many work to do

Apa aku nak cakap pada pagi Ahad yang sunyi ini. Tinggal Ijam..aku, arul dengan Ganesh je kat rumah. Yang lain semua dah hilang. Tinggal aku sorang je yg berjaga malam nih. Tak tau apa nak buat dan agak bengang sikit malam ni. Sunyi. Nak on YM, tak dapat-dapat masuk dari tadi. Problem tak habis-habis. Malas aku nak restart balik pc nih. Ingat senang ke nak laju balik pc aku nih. Terpakse tukar proxy plak..Barulah laju sket dan boleh loading mylot aku..

Aku jumpa banyak website yang menarik hati dan membuatkan aku berbelah bahagi sekarang tak tahu macam mana aku nak decide apa yang sepatutnya aku masuk? Dan agak bengang sedikit kerana aku tak dapat download banyak anime dan torrent aku plak tak dapat berjalan seperti biasa. Kalau tak loading untuk paging aku lemabab tahap gaban...

Ntah sape la yg mengajar aku guna proxy tadi. Dan yg bagusnya aku berjaya menyelesaikan sedkit masalh kt pc dan internet connection yg memang byk masalah 2,3 hari ini. Nak tanak kena cover balik apa yang aku hilang semalam. haru betul..

Ok..pagi nanti baru aku tido. Skrg kena kerja..

Babai Din!!

Posted at 09:33 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Ngarita Hachibukai!

Celaka..apa aku tulis tadi hilang balik. Malas aku nak tulis balik..wat sakit hati je...

Apa-apapun bagus gak korang tak baca apa aku tulis tadi. Nanti menyakitkan hati korang je. Dan nasihat aku kepada korang..TUrun kelas. Jangan malas. Aku harap korang dapat datang macam semalam walaupun tanpa kehadiran aku yang memang tak wujud patutnya kat kelas lagi..

Ok..satu benda yang aku tertanya lagi hari ini walaupun aku tau macam berdosa tanya macam tu. Rasa-rasa koranglah, lagi berapa hari kita hidup kat dunia ini? Persoalan ni sering bermain kat otak aku beberapa hari ini??Biarlah..aku cuba apa yang patut dan berubah apa yang aku perlu berubah selaras dengan kehendaknya. aku tau aku bukan orang baik macam ko din..so, nasihat aku din..jangan main game selalu.. JAngan  dok selalu chatting je..Banyakkan makan dan kurangkan tido..cry

Haha..ok. babai, aku nak mandi..


Posted at 02:28 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Friday, January 05, 2007
Lembab pulak Intenet malam ni

AKu rasa lain macam je bila internet cam down semacam je.. MUngkin disebabkan penangan tsunami tu lagi. Tak dapat nak kata apa-apa. Tawakkal jelah. Mungkin juga hits dan terlalu ramai yang menggunakan internet selepas kes tsunami ni. Yelah, bila kita hilang sesuatu.bila takde..rasa lain je. Cam kosong je..sekali bila dapat balik internet..semua macam biawak dapat bangkai..TErus NGAP!! Online bagai nak rak. Tak leh kata apa..makin gila orang main internet walaupun internet tgh slow nih. Mungkin jugaklah kot. INi idea 6 suku dari aku memandangkan aku tgh bengong sikit malam ni. Nak wat camna..aku tak dapat masuk mylot langsung malam nih..dahla semalam punya sikit je..cry

Ok..aku nak gi wat air teh jap. Rasa lembap semacam je dan membuatkan aku nak tido awal malam nih..lepas pasang torrent. Aku tidur awallah gamaknya hari ini. Lagipun dah kul 12 waktu malaysia nih. Selamat belayar ke alam mimpi..Ingat nak sambung baliklah mimpi semalam. AKu ada tekan button pause ke tak semalam? Jap, aku check..Tongue

Ok..ramai betul aku jumpa orang kat kk tadi. arini jalan sorang2..saje je nak cari pasal kat kk. GI bank..gi marah orang bank. GI kedai makan..gi marah pelayan kat situ..Gi kedai buku..kena marah sebab baca buku kat situ. HAHA..

Dapat berita tadi..dia datang..SApe datang? Takyah la aku bagitau..Haha..OKeh. Beransur dlu..

Posted at 07:41 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Next Page