Wednesday, January 17, 2007
Raihan - Belilah Cd yang Original

Apa nak cerita hari ni haa din? Banyak nak cite. Tapi aku tak tau nak cite apa. Rasa cam ada yang kurang je hari ini. Alhamdulilah, malam tadi ada 3 orang budak asas yang akan menghabiskan silibus tidak lama lagi. Aku rasa sempat diorang pergi ijazah potong dan mungkin aku tak dapat dah turun kelas macam biasa. Sesungguhnya aku akan merindui saat-saat ketika berada dalam kelas latihan. Habislah aku din..kelas manalah aku nak turun pasnih..aku pun taktau macam mana..Harap2 ko jaga budak 3 orang tuh din..aku harap diorang sampai tamat. Dah tak ada pelapis laki nih. Kalau perempuan memang ramai..tapi diorang tak rajin turun. Ko rajin2 la mesej diorang. Aku dah penat mesej diorang setiap kali ada kelas..dulu kini dan akan datang. Aku balik banting takpe kan din? Hoi..din..jawablah..awat senyap je nih..weh..weh..!!
OKlah..apa aku merepek time hujan nih. Aku tak dapat nak kata apa lagi. Aku tahu aku akan balik tak lama lagi. Aku kena bersedia untuk melupakan hal-hal ums buat seketika dan menguruskan perkara-perkara yang lebih penting dan aku harap aku dapat buat dengan baik. Aku kena buktikan pada seseorang yang aku mampu pergi jauh..
Teringatkan abang azwan. Rasanya lama dah aku tak jumpa dia. Kalau aku jumpa masa yang sesuai, aku akan call dia. Aku harap dia faham. Kita sama guru kan din? Fendy? Ainul? Hazzar? Mana korang waktu hujan nih hah? Mesti korang pergi bantai tido kan? Hampeh tul..
Ok..kepada budak2 perempuan..yang potong dan bakal tamat..Korang akan ikut kelas tamat dengan Atul dan Piah. Itupun kalau Piah masih stay kat sini. Atul dengan Din kot. Aku still rasa masih banyak yg korang leh belajar. JAngan cam aku..dah tua. tak larat dah nak beri sebab aku sendiri dah lemah. Badan dah sakit2 je selalu. demam tu dah perkara biasa..Eksiden tetiap semester. Duit keluar cam air je tiap-tiap tahun. Camna nak kaya nih..duit keluar mengalahkan duit masuk. Haruan tul.
Nurul, Ruzilla, Dayah, Ayum, Sha, Aishah, Halijah, Huda, Normahwati, Nad harap korang dapat turun kelas seperti biasa. Korang jelah pewaris srikandi kt ums nih. Beruntung korang, ada ramai, zaman aku dlu..4 orang laki dan 2 perempuan je yg stay.
Aku, piah, aimi dan sabah. Pempuan,
bayah sama Izla..
Aku dah setat merepek dah nih..sebelum aku terus merepek..aku nak mandi. Badan aku terlalu penat. Aku perlukan sesuatu untuk menyegarkannya semula. Tak sabar rasanya nak balik banting. Apalah agaknya ada kat banting? Sudah berubah kah? atau belum berubah?
PS : _E_L_ _ _ I _ S _ _ U , _ I _ _
Posted at 12:00 am by
rebana
Permalink
Monday, January 15, 2007
Jam tepat menunjukkan pukul 3.07 pagi waktu Malaysia dan aku tak tahu apa aku nak buat sekarang. Yang aku tahu hanya godak godem depan pc aku yang dah 1 hari lebih aku tak jumpa. Semalam pergi Kampung E dengan satu harapan. Apa harapan itu? HAa..cuba ko try cari Din..apa sebabnya. Ada dalam post aku kali ini. Amacam gi Labuan? Best tak? Tulah..tak ajak aku lagi..hampeh..cipuding sungguh.
Nak dijadikan cerita..esok aku nak gi jumpa wan. Aku rasa ada benda nak kena bincang sikit. Dan banyak gak benda yang diperlukan untuk kerja-kerja untuk e-perolehan ini. Pendek kata, aku leh wat katalog tu. Tak sesusah yang aku fikirkan. INi pun tengah baca macam2 maklumat pasal katalog ni.Aku rasa macam2 benda aku kena wat sekarang. Harap si wan dapat faham..
Pendek kata aku sibuk .PAnjang kata aku ni malas. Berita gembira. Abah aku beli Kelisa. So, kat rumah aku ada 2 kereta. 1 proton wira dan 1 Kelisa. Aku dah naik pening. Kaya sangat ke abah aku sampai leh beli 1 lagi bijik keta. Aku tak rasa abah aku gi rompak bank. YAng aku perasan. Memang abah aku banyak keja betul sekarang dan dia mengharapkan aku balik Banting dengan secepat mungkin. Abah aku ada tugas penting untuk aku. Jaga rumah dengan kereta baru dia. Dan dalam erti kata lain..aku kena amik mak aku balik dari sekolah setiap pagi dan petang. Sebab abah aku busy gila sekarang dan kadang2 susah nak amik mak aku dri sekolah. So, ini antara salah satu sebab utama aku kena balik rumah..Aku tak kesah. Asalkan aku dapat wat satu benda..benda tu setel. Aku akan balik secepat mungkin.
Okla..ada keja sikit. Berambus dlu. Assalamualaikum.
Posted at 10:39 am by
rebana
Permalink
Saturday, January 13, 2007
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Aku setat demam teruk dari malam tadi. TAk tahulah kenapa dan ini membuatkan aku terasa bengang sedikit sedangkan aku menerima banyak kerja yang perlu dilakukan dengan segera. Sayugia aku terasa saki dan tak sedap badan memikirkan ini semua dan aku harap ini semua tidak menyusahkan aku untuk menyiapkan kerja-kerja aku.
OKlah..aku malas nak merapik banyak2 kat sini. Baik aku wat keje. Sakit pun sakitlah. Tahan jelah..rasa cam lambat je aku sembuh dari demam nih. BIasalah. Badan bermasalah. Kenalah selalu sakit dan buat kerja banyak sikit. Pasni aku nak mandi jap. Harap-harap tak apa yg teruk2 berlaku..Aku banyak kerja nih..
Dan aku dah dapat pengesahan dari Tanah besar semenanjung aku akan balik bila. Kepada siapa yg dah tau. Taulah..kepada siapa yang tak tahu. Abaikan ajelah. Aku bukan kesah sangat pun korang tahu atau tak. Yang aku pasti..aku harap dapat sembuh cepat dan balik rumah dengan kadar yg segera setelah aku menyetelkan kerja-kerja yg masih terbengkalai ini.
Ok..adios ! Akum..
Posted at 08:36 pm by
rebana
Permalink
Thursday, January 11, 2007
Tal banyak aku nak cerita..dapat beberapa projek yg tak dapat aku tulis lagi kat sini..agak susah gak. Tapi aku kena cuba gak buat. Kalau tak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat buah sagunya. Betul tak?
Hari ini agak sibuk dan banyak benda aku ekna buat sampai tertidur aku masa tunggu download software dari eperolehan tadi. Banyak gak aku faham sket2 dari site nih. Harap2 aku dapat jawab esok bila aku jumpa wan nanti. Aku harap dapat terangkan serba sedikit pada dia walaupun aku rasa macam banyak benda aku tak tau la. NAsib baik dia dah wat separuh dan aku faham sikit2 la apa maksud dia..
Aku ada 2 projek dan ada 3 projek lain yg sedang menunguu. Betul la cakap ko din..cgyhost tu murah sikit. Takpe..aku survey pelan2..
OKla. Nak sambung kerja balik.
Posted at 07:08 am by
rebana
Permalink
Monday, January 08, 2007

Baju Raya Korban aku, Cantik tak?
Aku penat betul keja hari ini..Baru je dapat dekat 10 dollar arinih..Hasil keje 2 jam lebih dari kul 2 pagi tadi. Badan aku dah tak larat nih. memang kena cari tukang urut rasanya. aku rasa dah smpai masanya aku berhenti kejap nih. Badan dah sakit cam kena palu belantan elektrik je..
Alhamdulilah..Tangan aku dah pulih. CUma tinggal parut je skrg. Harap2 takdelah kekal parut eksiden nih. Sakit di hati sape jelah yg tau. Penat tak usah citelah aku struggle gila 2,3 hari ini..nak tanak kena dapatkan dua ribu sebelum bulan 9 nih..Aku rasa leh cari dalam masa terdekat nih. Doakan aku lah ye..Aku harap sangat dapat bayar hutan orang2 yg jadi pak pajak untuk aku. Dan orang2 yg berhutan dengan aku, sila buat pembayaran di akaun maybank aku secepat mungkin, Aku dah tak berduit sekarang nih. harap2 korang dapat tunaikan permintaan aku ini. aku nak balik sabah lah..
Ok. Cukuplah..kalau ada soalan, boleh tanya kat toolbar ni..
Aku nak tidur. Dah penat sangat nih..Adios.
Join
Dino.com ( aku dapat $5 dalam masa 2 jam sahaja. Lebih hebat dari Mylot )
Posted at 10:59 am by
rebana
Permalink
Saturday, January 06, 2007
Apa aku nak cakap pada pagi Ahad yang sunyi ini. Tinggal Ijam..aku, arul dengan Ganesh je kat rumah. Yang lain semua dah hilang. Tinggal aku sorang je yg berjaga malam nih. Tak tau apa nak buat dan agak bengang sikit malam ni. Sunyi. Nak on YM, tak dapat-dapat masuk dari tadi. Problem tak habis-habis. Malas aku nak restart balik pc nih. Ingat senang ke nak laju balik pc aku nih. Terpakse tukar proxy plak..Barulah laju sket dan boleh loading mylot aku..
Aku jumpa banyak website yang menarik hati dan membuatkan aku berbelah bahagi sekarang tak tahu macam mana aku nak decide apa yang sepatutnya aku masuk? Dan agak bengang sedikit kerana aku tak dapat download banyak anime dan torrent aku plak tak dapat berjalan seperti biasa. Kalau tak loading untuk paging aku lemabab tahap gaban...
Ntah sape la yg mengajar aku guna proxy tadi. Dan yg bagusnya aku berjaya menyelesaikan sedkit masalh kt pc dan internet connection yg memang byk masalah 2,3 hari ini. Nak tanak kena cover balik apa yang aku hilang semalam. haru betul..
Ok..pagi nanti baru aku tido. Skrg kena kerja..
Babai Din!!
Posted at 09:33 am by
rebana
Permalink
Celaka..apa aku tulis tadi hilang balik. Malas aku nak tulis balik..wat sakit hati je...
Apa-apapun bagus gak korang tak baca apa aku tulis tadi. Nanti menyakitkan hati korang je. Dan nasihat aku kepada korang..TUrun kelas. Jangan malas. Aku harap korang dapat datang macam semalam walaupun tanpa kehadiran aku yang memang tak wujud patutnya kat kelas lagi..
Ok..satu benda yang aku tertanya lagi hari ini walaupun aku tau macam berdosa tanya macam tu. Rasa-rasa koranglah, lagi berapa hari kita hidup kat dunia ini? Persoalan ni sering bermain kat otak aku beberapa hari ini??Biarlah..aku cuba apa yang patut dan berubah apa yang aku perlu berubah selaras dengan kehendaknya. aku tau aku bukan orang baik macam ko din..so, nasihat aku din..jangan main game selalu.. JAngan dok selalu chatting je..Banyakkan makan dan kurangkan tido..

Haha..ok. babai, aku nak mandi..
Posted at 02:28 am by
rebana
Permalink