Friday, January 26, 2007
Hari ini aku penat. Tak larat dah nak layan semua paid for posting, aku rasa aku perlukan rehat yang secukupnya dan aku perlu tidur. Balik banting saja nanti aku akan cover tidur untuk satu minggu dan akan wat keje untuk minggu seterusnya. Aku tahu aku perlukan kerja dan modal untuk bisnes aku yang akan datang. Tunggu saja waktu itu tiba dan ketika itu aku ada misi asal yang aku tak pernah bagitahu sesiapapun kat dunia ini.,.ada benda aku perlu buat. Mungkin itulah sebab aku lahir kat dunia ini. Aku akur aku insan biasa. Masih banyak kerja yang perlu aku lakukan..
Dan..malam ini aku pulang ke rumah walaupun aku nekad nak tidur kat kolej e. Rasanya aku tak sanggup nak tido kat sana lagi. bikin hati panas dan sedih saje. Aku dapat rasakan aku tak perlu berada di sana lagi. Dan aku tahu, aku perlu buat sesuatu. Dan kerja dan penat menjadi rutin harian aku sekarang. Aku perlukan kerja yang sesuai dengan diri aku. Dan aku dah dapat..
Tak ragu aku katakan aku ada matlamat yang perlu aku capai. Nantikan saja waktu itu dan aku tahu aku boleh lakukannya.
Kelas latihan malam tadi walaupun 2 orang lelaki aja budak asas namun aku akur yang mungkin mereka ada potensi untuk diketengahkan. Amalkan saja apa yang korang belajar dan niat untuk belajar biarlah kerana ilmu itu sendiri bukan kerana orang lain. Jika korang belajar untuk orang lain atau ikut-ikutan..aku tak ada satu sen ilmu nak habaq kat korang..korang belajar la sendiri..ilmu yang kita dapat tu untuk diamalkan bukan untuk simpan dalam dompet..tapi siapala aku nak decide korang amalkan atau tak kan? Siapalah aku nak ajar atau cakap bukan2 pada korang. Ini korang sendiri kena faham sendirilah..aku bukan mak abah korang. Aku hanya insan biasa..
OKlah..setat dua tiga hari ini aku dah melalut. Dulu selalu merepek. Sekarang dah macam-macam aku buat. Apapun, cukuplah setakat ni dlu..kita jumpa lain kalam. Akum..
Ps : Menghitung hari nak balik Banting..ada lebih 30 hari lagi..
Posted at 08:00 am by
rebana
Permalink
Wednesday, January 24, 2007
Get Paid to Posting Program
Ok. Aku akan bongkarkan sedikit rahsia selain Mylot dalam program Paid
to post ini,. Walaupun ini masih baru bagi rakyat Malaysia dan ramai
yang meragui website2 sebegini namun aku yakin sebahagian besar
daripada website2 begini akan membayar ahlinya kerana aktif dalam forum
mereka. Di sini aku letak beberapa forum yang aku sedang rancak
menjalankan ujikaji. Korang boleh join atau tengok . Aku akan bagi
sedikit review untuk setiap website.
Webmastersroom.comantara
yang paling best sekali aku join. Sebab dia punya bonus refferals $6
dollar usd. Setiap post korang dibayar $0.08 dan setiap open
post/thread korang dibayar $0.08 kalau aku tak silap. Korang boleh
withdraw minimum sebanyak $2 kat akaun paypal korang. Tak lama lama
lagi dah boleh withdraw tru e-gold. Tinggal tunggu masa je. Aku baru je
join forum ni. Memang berbayar dan ramai yang dah terima bayaran. Nak
join?
Sila Register free kat sini
MylotOk.
Ini yang paling bagus yang pernah aku Join setakat ini. Dan aku bakal
dapat First payment aku. Korang pun nampak kan update setiap hari yang
aku letak kat blog ini. Bayaran untuk setiap post dan open thread masih
menjadi misteri. Sampai sekarang aku tak tahu nilai sebenar berapa kami
di Mylot di bayar. Tapi ada satu tips untuk anda dapat banyak earning
kat Mylot. Upload Gambar. Setiap gambar yang relevant akan diberi high
paying dari Mylot. Aku pernah jumpa satu budak yang dapat bayaran
$99.00++ dlm masa sebulan dalam mylot walaupun baru posting tak sampai
400 post. Ajaib kan? Macam mana dia buat tu.. Ok. Sebelum korang join
forum2 berbayar yang lain. Jadikan Mylot sebagai sandaran pertama.
Withdraw tru E-gold dan Paypal.
Sila register Free kat sini
PaidlotsWebsite
atau forum ini baru saje bukak. Kiranya forum ini satu lagi produk dari
anak syarikat Payposter. Aku tak join payposter. Aku tak minat saja.
Itu saja.Jika aku terbuka hati nak join. Aku join..Di sini aku lupa
macam mana pembayaran dia. Ada sistem karma lagi tu. Ada bank. Aku tak
bape sure. Tapi aku suka features dan website ni. Clean dan sedap mata
memandang. Setiap post 2 sen dan open thread 3 sen. Ada bonus jika kita
upload image jugak. Lebih kurang macam Mylot, tapi aku rasa aku boleh
dapat duit kat sini. Withdraw tru Paypal dan tak lama lagi dalm E-gold.
Sila register Free kat sini Dormcheck.comDari
nama forum berbayar ini pun, korang dah tau kan. Ok. Website ini macam
dorm. Tak special macam Mylot dan tak macam forum berbayar yang lain.
Template dia berbeza. Tapi aku suka sebab ini site kedua yang aku
mempunyai paling banyak referrals selain Mylot. Aku ada 9 referals.
Kalau ada 10 referrals kita akan dapat $0.25 sebagai bonus. Setiap open
post dan balas post dibayar 1 $0.01 dan setiap upload image adalah
$0.03. Minimum payout adalah $10 dan boleh withdraw tru Paypal Only.
Aku cadangkan korang join site ni.
Sila register Free kat siniHyip HeatSalah
satu the best site yang aku join. Aku baru je join site ni. dan dari
segi bonus dan pembayaran dia agak menarik. Sistem dia begini:
1 post = 1 heatpoint
Each post = 1 HeatPoint
There is a maximum of 25 HeatPoints you can earn in a 24 hour period.
Each HeatPoint = .01 Cent Egold
You can also earn upto 3 Heatpoint per post!
You can also bank your HeatPoints and earn 10% interest every 30 days!
We may also start offering referral bonuses and I will look into that.
Also have an exchange system!
And also, maybe the bonus is still on: 25c signup bonus up to jan31
Faham.
sebab tu aku suka join hyip heat. Aku suka sistem dia dan aku rasa tak
rugi mencuba. Aku dengar payout dia serenedah $3 dan boleh bayar tru
E-gold dan Paypal. Sila register free kat siniExodus 3000Korang
nak main game online tak tapi korang dapat sedikit cash dari duit.
Percaya tak percaya benda ni? Aku pun tak janji benda ni dibayar atau
tak sebab minimum payout $20 dan dalam paypal sahaja. Aku dah
main..baru je kumpul beberapa Mars dollar. Cara paling cepat nak dapat
duit..korang beli moved. Tak faham kan aku cite pasal game ni. Korang
main game ni berdasarkan move. setiap move atau step yang korang guna
itu akan dibayar dengan nilai tertentu iaitu Mars Dollar. Payah aku nak
nerang. korang gi je kat website diorang.
Sila review atau register free kat sini.Hyipstalk.comAntara
banyak-banyak program di atas, aku paling suka ini. kenapa? Aku join
seawal pembukaan site ini. Dan aku akan dapat first payment. Percaya
atau tak percaya, dalam masa 7 hari korang akan dapat $5 dengan hanya
buat posting 20 post untuk 1 hari. Awas, jangan lebih dari 20 post
sehari. Kalau tak korang takkan dibayar. Dan aku sedang menuju ke arah
withdraw sekarang. PLan dia mudah. Setiap hari post 20 post. Cukup 140
post. Korang leh buat withdrawal method. Cara withdraw, korang PM ke
admin hyipstalk dan bagitau akaun E-gold korang. Mudah bukan. Jangan
buang masa lagi.
Sila register free kat sini.

Ok.
Aku dah bongkarkan serba sedikit beberapa projek yang aku tengah buat
dalam bulan ini. Kalau semua berjalan dengan lancar, aku boleh dapat
dekat $100 dolar permonth. Insya-Allah. Aku cuba dan share apa-apa yang
patut. Jangan risau. Semua blog aku akan ada updated pasal benda ini.
Harap maklum.
Posted at 11:29 pm by
rebana
Permalink
Cerita yang berlaku pada pagi Khamis
Apalah yang aku nak buat hari ini..memang hari semalam lebih baik dari hari yang sebelumnya dan aku tak pasti apa yang aku bakal buat hari ini adalah lebih baik dari semalam dan aku cuba untuk melakukan apa yang aku mampu. Agak penat dan aku rasa aku kena pergi jumpa wan esok untuk melakukan bedah siasat yang sepatutnya aku lakukan lama dahulu. Maaf..aku lambat.
Sayugia aku teruskan juga beberapa projek yang telah aku usahakan setelah sekian lama aku mencuba selama beberapa minggu dan akhirnya akan membuahkan hasil buat masa terdekat ini dan aku rasa tidak terlambat lagi untuk aku membuat pengakuan bahawa aku masih awal lagi berkecimpung dalam dunia internet.
Investment merupakan satu perkara baru dalam hidup aku mulai Februari ini dan aku rasa aku perlu melakukan sesuatu yang diluar dugaan aku. aku harap aku dapat buat sesuatu yang luar biasa dan pastinya aku harap ianya menjadi satu sandaran buat diri aku dalam masa terdekat ini. Harapnya aku dapat buat sesuatu dalam masa terdekat ini. Aku harap begitu dan aku cuba untuk melaksanakannya dengan secepat mungkin.
Baiklah..cukuplah aku merepek hari ini. Aku dah penat dan nak tido lepas subuh tadi. tapi aku cuba juga taip sesuatu untuk hari ini walaupun aku tahu ianya tak memberikan korang pulangan 1 cent pun. Tapi sekurang2 nya aku sanggup menghabiskan masa membuat sesuatu dengan masa yang begitu berharga di dunia ini. biarpun kita cuma ada 24 jam sehaja di dunia ini aku cuba manfaatkan penggunaan masa tersebut sebab aku tahu tidak semua orang kat dunia ini pandai membahagikan masa macam aku..haha..aku je yg tak reti membahasakan diri sendiri di mana aku telah sesat dalam mendisiplinkan diri untuk tidur di malam hari dan bukannya jadi hantu pada siang hari.
Aku cuba send..tapi tak jadi. Nampak gaya macam tak ada line internet. aku cuba cibbect sekali lagi manatau aku leh connect melalui pc aku. sedangkan aku tahu bahawa pc aku ada masalah yg sangat kronik sampaikan aku tak dapat nak create satu akaun untuk streamyx. hampeh tak hampeh pc aku sekarang ni. Pandai je dia wat hal sedang aku sibuk nak cari duit sampingan kat intenet ni.Line asyik2 pustus je dan membuatkan aku sangat bengang dengan keadaan ini. Setat nak pagi mulalah line intenet ni buat problem yang menyakitkan hati aku..
Posted at 12:39 pm by
rebana
Permalink
Monday, January 22, 2007
Kepentingan Membaca Surat Khabar
Apa aku nak merepek haa din? Ko watpe skrg dinn? mesti dok mengaco hack orang punye website je. Tak de keje dah ke ko nih..apa-apa2pun semoga ko bahagia dengan kerja baru ko tuh. Hoho..aku tau keje hack menghack ko tuh..malas aku nak amik pedulik. Janji ko hepi dengan stiap keje ko..dan syugia itu aku nak beritahu tarikh sebenar tiket airasia aku..haha..Dengan ini aku merasmikan tarikh penerbangan aku ke bumi Banting pada bulan _ bertarikh.. _ _ / _ _ / 2007. Cari sendirilah kalau pandai. Gi check kat airasia..Malas aku nak bagitau..
Dan aku takde benda nak cakap malam nih..kami orang kena halau dari rumah ni pada bulan depan..Haha..best tak best perasaan kena halau dari tuan rumah? Mesti korang tak pernah rasa kan? Disebabkan oleh beberapa masalah yang disebabkan oleh member baik aku punya pasal..kami 8 orang kena berambus dari rumah no 9 , lorong 4 ini sebelum 15 Februari dan ini menyebabkan tiket airasia aku terpaksa dibeli secepat mungkin. Aku tahu aku kena berambus skarang. Tapi takkanlah sampai macam ini punya pasal..manalah aku nak merempat hari2 terakhir aku kat sabah nih. Mesti best giler kan? haaha...lantak koranglah. aku tak nak bagitahu apa-apa..Bila aku balik pun aku tak nak bagitau..aku nak merajuk nih din..haha..
Oklah..bosan dah aku merepek sorang2 gini. takde maknenya pun. Yang penting aku buat kerja aku skrg., Dah terlalu banyak tergendala dan aku rasa aku kena tolak kerja si wan nih..Tak di bayar pun takpe sebab aku pun malas wat kerja dua tiga kali..malas wat keje main tinggal-tinggal camni. Menyusahkan aku pun ye..menyusahkan orang lain pun ye..So..baik aku terus terang aku tak dapat buat dengan baik even aku tahu yang aku boleh buat kerja tu..sebab keje tu long term punya..bukan wat keje kejap2.lainlah aku kena kerja kat situ..Haru aku dibuatnya kalau aku kena bekerja kat sabah nih. AKu dah lah tak ada hati nak kerja kat sini. Apa nak dibuat kat sini pun aku tak tau..macam tak ada apa-apa dan membuatkan aku pening kepala je..
Apapun..aku nak wat keje sat lagi. Pening tak sudah.. Alhamdulillah..hari ni lebih baik banding semalam. Apa yang baik, hanya aku dan Allah je yg tahu. korang tak tahu pun tak apa. Nanti aku gi kutuk blog ko din. Hari2 aku klik adsense ko..hoho..
last. Din, apakah kelebihan membaca surat khabar?
Posted at 03:59 am by
rebana
Permalink
Wednesday, January 17, 2007
Raihan - Belilah Cd yang Original

Apa nak cerita hari ni haa din? Banyak nak cite. Tapi aku tak tau nak cite apa. Rasa cam ada yang kurang je hari ini. Alhamdulilah, malam tadi ada 3 orang budak asas yang akan menghabiskan silibus tidak lama lagi. Aku rasa sempat diorang pergi ijazah potong dan mungkin aku tak dapat dah turun kelas macam biasa. Sesungguhnya aku akan merindui saat-saat ketika berada dalam kelas latihan. Habislah aku din..kelas manalah aku nak turun pasnih..aku pun taktau macam mana..Harap2 ko jaga budak 3 orang tuh din..aku harap diorang sampai tamat. Dah tak ada pelapis laki nih. Kalau perempuan memang ramai..tapi diorang tak rajin turun. Ko rajin2 la mesej diorang. Aku dah penat mesej diorang setiap kali ada kelas..dulu kini dan akan datang. Aku balik banting takpe kan din? Hoi..din..jawablah..awat senyap je nih..weh..weh..!!
OKlah..apa aku merepek time hujan nih. Aku tak dapat nak kata apa lagi. Aku tahu aku akan balik tak lama lagi. Aku kena bersedia untuk melupakan hal-hal ums buat seketika dan menguruskan perkara-perkara yang lebih penting dan aku harap aku dapat buat dengan baik. Aku kena buktikan pada seseorang yang aku mampu pergi jauh..
Teringatkan abang azwan. Rasanya lama dah aku tak jumpa dia. Kalau aku jumpa masa yang sesuai, aku akan call dia. Aku harap dia faham. Kita sama guru kan din? Fendy? Ainul? Hazzar? Mana korang waktu hujan nih hah? Mesti korang pergi bantai tido kan? Hampeh tul..
Ok..kepada budak2 perempuan..yang potong dan bakal tamat..Korang akan ikut kelas tamat dengan Atul dan Piah. Itupun kalau Piah masih stay kat sini. Atul dengan Din kot. Aku still rasa masih banyak yg korang leh belajar. JAngan cam aku..dah tua. tak larat dah nak beri sebab aku sendiri dah lemah. Badan dah sakit2 je selalu. demam tu dah perkara biasa..Eksiden tetiap semester. Duit keluar cam air je tiap-tiap tahun. Camna nak kaya nih..duit keluar mengalahkan duit masuk. Haruan tul.
Nurul, Ruzilla, Dayah, Ayum, Sha, Aishah, Halijah, Huda, Normahwati, Nad harap korang dapat turun kelas seperti biasa. Korang jelah pewaris srikandi kt ums nih. Beruntung korang, ada ramai, zaman aku dlu..4 orang laki dan 2 perempuan je yg stay.
Aku, piah, aimi dan sabah. Pempuan,
bayah sama Izla..
Aku dah setat merepek dah nih..sebelum aku terus merepek..aku nak mandi. Badan aku terlalu penat. Aku perlukan sesuatu untuk menyegarkannya semula. Tak sabar rasanya nak balik banting. Apalah agaknya ada kat banting? Sudah berubah kah? atau belum berubah?
PS : _E_L_ _ _ I _ S _ _ U , _ I _ _
Posted at 12:00 am by
rebana
Permalink
Monday, January 15, 2007
Jam tepat menunjukkan pukul 3.07 pagi waktu Malaysia dan aku tak tahu apa aku nak buat sekarang. Yang aku tahu hanya godak godem depan pc aku yang dah 1 hari lebih aku tak jumpa. Semalam pergi Kampung E dengan satu harapan. Apa harapan itu? HAa..cuba ko try cari Din..apa sebabnya. Ada dalam post aku kali ini. Amacam gi Labuan? Best tak? Tulah..tak ajak aku lagi..hampeh..cipuding sungguh.
Nak dijadikan cerita..esok aku nak gi jumpa wan. Aku rasa ada benda nak kena bincang sikit. Dan banyak gak benda yang diperlukan untuk kerja-kerja untuk e-perolehan ini. Pendek kata, aku leh wat katalog tu. Tak sesusah yang aku fikirkan. INi pun tengah baca macam2 maklumat pasal katalog ni.Aku rasa macam2 benda aku kena wat sekarang. Harap si wan dapat faham..
Pendek kata aku sibuk .PAnjang kata aku ni malas. Berita gembira. Abah aku beli Kelisa. So, kat rumah aku ada 2 kereta. 1 proton wira dan 1 Kelisa. Aku dah naik pening. Kaya sangat ke abah aku sampai leh beli 1 lagi bijik keta. Aku tak rasa abah aku gi rompak bank. YAng aku perasan. Memang abah aku banyak keja betul sekarang dan dia mengharapkan aku balik Banting dengan secepat mungkin. Abah aku ada tugas penting untuk aku. Jaga rumah dengan kereta baru dia. Dan dalam erti kata lain..aku kena amik mak aku balik dari sekolah setiap pagi dan petang. Sebab abah aku busy gila sekarang dan kadang2 susah nak amik mak aku dri sekolah. So, ini antara salah satu sebab utama aku kena balik rumah..Aku tak kesah. Asalkan aku dapat wat satu benda..benda tu setel. Aku akan balik secepat mungkin.
Okla..ada keja sikit. Berambus dlu. Assalamualaikum.
Posted at 10:39 am by
rebana
Permalink
Saturday, January 13, 2007
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Aku setat demam teruk dari malam tadi. TAk tahulah kenapa dan ini membuatkan aku terasa bengang sedikit sedangkan aku menerima banyak kerja yang perlu dilakukan dengan segera. Sayugia aku terasa saki dan tak sedap badan memikirkan ini semua dan aku harap ini semua tidak menyusahkan aku untuk menyiapkan kerja-kerja aku.
OKlah..aku malas nak merapik banyak2 kat sini. Baik aku wat keje. Sakit pun sakitlah. Tahan jelah..rasa cam lambat je aku sembuh dari demam nih. BIasalah. Badan bermasalah. Kenalah selalu sakit dan buat kerja banyak sikit. Pasni aku nak mandi jap. Harap-harap tak apa yg teruk2 berlaku..Aku banyak kerja nih..
Dan aku dah dapat pengesahan dari Tanah besar semenanjung aku akan balik bila. Kepada siapa yg dah tau. Taulah..kepada siapa yang tak tahu. Abaikan ajelah. Aku bukan kesah sangat pun korang tahu atau tak. Yang aku pasti..aku harap dapat sembuh cepat dan balik rumah dengan kadar yg segera setelah aku menyetelkan kerja-kerja yg masih terbengkalai ini.
Ok..adios ! Akum..
Posted at 08:36 pm by
rebana
Permalink