<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28



My site is listed at SurfGopher

sUPPORT bANNER dan Plug


Free Hit Counter

Top Business Blogs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, February 08, 2007
Celaru gila malam ni..

Malam yang bercelaru..sepatutnya malam ni aku rileks buat kerja dan terus membuat kerja2 aku di internet sempena tinggal beberapa hari lagi aku akan tinggal di rumah ini. cukup 15 haribulan aku kena berambus dari rumah ini..Haha..papun, aku cuba buat apa yang sepatutnya..

Nak dijadikan cerita malam nih hati sama otak aku betul2 bergaduh dan aku tak tahu apa yang aku buat dan aku cakapkan tadi. bercelaru dan aku main cakap je apa yang aku nk cakap. marah punye pasal dan memacam yg dah jadi. aku bengang betul. Bukan sebab dipermainkan oleh orang tapi sebab aku rasa bengenag. itu je.. dan ini membuatkan aku bengang sepanjang hari. Nak tidur pun susah dan paling aku tak biasa..badan aku mesti sakit bila aku bengang. Boleh tak kalau tak sakit sikit, even dah nak mati pun, bagilah aku tenaga sikit untuk sampai aku balik banting lagi. aku tak nak mati kat sini..tolong ye. tahan sikit je lagi..sebualn je lagi.. Tolonglah wahai badan..

Oklah..aku nak gi mandi. badan cam rasa tak selesa. dah la tak makan lagi ni. 2 hari tak jumpa nasik dan hari ini aku cuma makan biskut tiger je..dengan air suam. cam rasa hidup kat afghnistan je. Takpe..ku teruskan hidup aku begini. Aku tahu..inilah saat2 terakhir aku hidup kt bumi sabah nih..

Abg wan..thanks contact aritu..walaupun faham apa yang berlaku..tapi susah mau cakap skrg..apa yg pasti, kita berdoalah agar dipermudahkan pada masa hadapan. Thanks belanja pagi tu..lama gila tak makan nasi lemak. Tapi sebelum balik, memang nk jumpa abg wan..nanti kita jumpa lagi ek..

Ok..mak. tunggu jelah kat rumah..Nanti orang sampai, orang bgtau mak. Lama dah tak jumpa mak. lama dah tak balik banting. Lama dah tak jumpa nenek.

PS : Aku tak kesah kau nak mainkan aku..cuma kenapa aku rasa lebih tersiksa dari dlu? Cuba kau terangkan pada aku..dengan ayat yang lebih jelas?

Posted at 05:28 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Monday, February 05, 2007
Air Mata Wanita

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

PS : Jangan menangis lagi di depan aku..

Posted at 03:55 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Got Earn from Totalshares.com

TEsting coding..for Totalshares.com





YEs..This site pay me everyday. I love to join this site..Really good and make me happy everyday. I got more than 10% everyday.. Its good right to invest here? so, i strongly suggest you this site..:)

Posted at 02:14 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Sunday, February 04, 2007
Baru balik turn Gunung Kinabalu

Aku baru je balik dari Mendaki gunung kinabalu petang tadi. Tepat jam 5 lebih aku sampai ke rumah aku dan ini membuatkan aku terasa penat yang amat sangat. Aku mengalami kecederaan yang agak parah gak lah. Kedua2 kaki aku injured. Lebam teruk akibat menerima hentakan lebih dari 300 anak tangga yang berada di gunung kinabalu. AKu lalu gate mersilau dan pulang dengan gate timpohon..

Walaupun aku dah naik selama 3 kali sebelum ini, tapi ini kali pertama aku dapat lihat bulan penuh pada malam aku daki gunung dan dapat lihat matahari terbit pada waktu pagi. Bahgia gila waktu tu..cam ada benda yg wat aku rasa tenteram. Eceh..aku try hantar msg kat dia pagi tuh..banyak kali masa kat puncak. Tapi tak dapat2..sending failed..bengang aku dibuatnya. Tak terkatala nak jawab..At least dia tahu, yg aku naik gunung kerana dia..

Ok..aku dapat 2 sijil dari Pengurusan Yang menguruskan pendakian aku kat Kinabalu Park ni. Dan aku sepatutnya ada 8 sijil hanya dengan mendaki Gunung kinabalu. Maksudnya aku dah daki 4 kali setakat ni. Tapi yang kali ini agak mudah dan dipermudahkan oleh Allah. MAkbul doa aku agar 2 hari ini tidak hujan dan perjalanan kami berjalan seperti biasa..

Oklah..tak ada apa nak cakap. Satu je..Thanks for mesej me back.  Thats something to me..Only you and me about that. Like you said, " Just Believe in Me"  You know..thats my word when i give it to you..Wink

Ok..babai. Sakit kaki. nak tuam dengan air panas..esok ada kelas silat kat Indah permai dan Selasa kat UMS..


Posted at 04:45 am by rebana
Comment (1)  

Thursday, February 01, 2007
Aku naik gunung kerana kau

Malam Jumaat dan hari ini hari khamis. Malam ni adalah malam kedua sebelum aku bertolak ke tanah Ranau dan Poring. Aku akan mendaki gunung buat kali ke 4 di bumi Sabah ini. AKu harap aku dapat naik kali ini seperti biasa dan aku mengharapkan aku dan atul tidak jadi sweeper lagi buat kali ini. Walaupun yang naik ini cuma aku dan atul bersama2 dengan 4 orang budak2 indah permai (budak potong), tapi aku mengharapkan semangat dan kekuatan diorang berjaya mendorong mereka untuk ke puncak kinabalu..hoho..

Terima kasih kerana kembali..aku tahu kau akan kembali..Maka dengan ini aku sudah ada kekuatan kembali untuk naik gunung kinabalu. Untuk menjajah sekali lagi bumi kinabalu..

Alhamdulillah, aku dapat lagi 2 orang downline dalam Em-pay..Syukur..walaupun tak banyak, tapi ada jugak orang. Aku syukur sangat. Buka site hari ini, tahu2 je dah da orang..best gila. Aku akan contact diorang memandangkan website rasmi ada masalah sekarang..

Berita buruk, Akaun E-gold aku kena rompak semalam. Kena hacked. Dan semua duit yang aku simpan dalam tu, hilang kena curiklah..Habis duit dan letih peluh aku dok depan computer, hilang macam tu je..Bengang tak sudah dan menyebabkan aku marah tak terkata. tapi aku terpaksa bersabar sajalah sekarang..Wink

Ps: Sekali lagi..terima kasih kerana kembali..Sad

Pss : Aku naik gunung kerana kau..

Posted at 07:30 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Friday, January 26, 2007
Ada 30 hari lagi..

Hari ini aku penat. Tak larat dah nak layan semua paid for posting, aku rasa aku perlukan rehat yang secukupnya dan aku perlu tidur. Balik banting saja nanti aku akan cover tidur untuk satu minggu dan akan wat keje untuk minggu seterusnya. Aku tahu aku perlukan kerja dan modal untuk bisnes aku yang akan datang. Tunggu saja waktu itu tiba dan ketika itu aku ada misi asal yang aku tak pernah bagitahu sesiapapun kat dunia ini.,.ada benda aku perlu buat. Mungkin itulah sebab aku lahir kat dunia ini. Aku akur aku insan biasa. Masih banyak kerja yang perlu aku lakukan..

Dan..malam ini aku pulang ke rumah walaupun aku nekad nak tidur kat kolej e. Rasanya aku tak sanggup nak tido kat sana lagi. bikin hati panas dan sedih saje. Aku dapat rasakan aku tak perlu berada di sana lagi. Dan aku tahu, aku perlu buat sesuatu. Dan kerja dan penat menjadi rutin harian aku sekarang. Aku perlukan kerja yang sesuai dengan diri aku. Dan aku dah dapat..

Tak ragu aku katakan aku ada matlamat yang perlu aku capai. Nantikan saja waktu itu dan aku tahu aku boleh lakukannya.

Kelas latihan malam tadi walaupun 2 orang lelaki aja budak asas namun aku akur yang mungkin mereka ada potensi untuk diketengahkan. Amalkan saja apa yang korang belajar dan niat untuk belajar biarlah kerana ilmu itu sendiri bukan kerana orang lain. Jika korang belajar untuk orang lain atau ikut-ikutan..aku tak ada satu sen ilmu nak habaq kat korang..korang belajar la sendiri..ilmu yang kita dapat tu untuk diamalkan bukan untuk simpan dalam dompet..tapi siapala aku nak decide korang amalkan atau tak kan? Siapalah aku nak ajar atau cakap bukan2 pada korang. Ini korang sendiri kena faham sendirilah..aku bukan mak abah korang. Aku hanya insan biasa..

OKlah..setat dua tiga hari ini aku dah melalut. Dulu selalu merepek. Sekarang dah macam-macam aku buat. Apapun, cukuplah setakat ni dlu..kita jumpa lain kalam. Akum..

Ps : Menghitung hari nak balik Banting..ada lebih 30 hari lagi..


Posted at 08:00 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Wednesday, January 24, 2007
Get Paid to Posting Program

Ok. Aku akan bongkarkan sedikit rahsia selain Mylot dalam program Paid to post ini,. Walaupun ini masih baru bagi rakyat Malaysia dan ramai yang meragui website2 sebegini namun aku yakin sebahagian besar daripada website2 begini akan membayar ahlinya kerana aktif dalam forum mereka. Di sini aku letak beberapa forum yang aku sedang rancak menjalankan ujikaji. Korang boleh join atau tengok . Aku akan bagi sedikit review untuk setiap website.

Webmastersroom.com
antara yang paling best sekali aku join. Sebab dia punya bonus  refferals $6 dollar usd. Setiap post korang dibayar $0.08 dan setiap open post/thread korang dibayar $0.08 kalau aku tak silap. Korang boleh withdraw minimum sebanyak $2 kat akaun paypal korang. Tak lama lama lagi dah boleh withdraw tru e-gold. Tinggal tunggu masa je. Aku baru je join forum ni. Memang berbayar dan ramai yang dah terima bayaran. Nak join? Sila Register free kat sini Shades

Mylot
Ok. Ini yang paling bagus yang pernah aku Join setakat ini. Dan aku bakal dapat First payment aku. Korang pun nampak kan update setiap hari yang aku letak kat blog ini. Bayaran untuk setiap post dan open thread masih menjadi misteri. Sampai sekarang aku tak tahu nilai sebenar berapa kami di Mylot di bayar. Tapi ada satu tips untuk anda dapat banyak earning kat Mylot. Upload Gambar. Setiap gambar yang relevant akan diberi high paying dari Mylot. Aku pernah jumpa satu budak yang dapat bayaran $99.00++ dlm masa sebulan dalam mylot walaupun baru posting tak sampai 400 post. Ajaib kan? Macam mana dia buat tu.. Ok. Sebelum korang join forum2 berbayar yang lain. Jadikan Mylot sebagai sandaran pertama. Withdraw tru E-gold dan Paypal. Sila register Free kat sini Shades

Paidlots
Website atau forum ini baru saje bukak. Kiranya forum ini satu lagi produk dari anak syarikat Payposter. Aku tak join payposter. Aku tak minat saja. Itu saja.Jika aku terbuka hati nak join. Aku join..Di sini aku lupa macam mana pembayaran dia. Ada sistem karma lagi tu. Ada bank. Aku tak bape sure. Tapi aku suka features dan website ni. Clean dan sedap mata memandang. Setiap post 2 sen dan open thread 3 sen. Ada bonus jika kita upload image jugak. Lebih kurang macam Mylot, tapi aku rasa aku boleh dapat duit kat sini. Withdraw tru Paypal dan tak lama lagi dalm E-gold. Sila register Free kat sini

Dormcheck.com
Dari nama forum berbayar ini pun, korang dah tau kan. Ok. Website ini macam dorm. Tak special macam Mylot dan tak macam forum berbayar yang lain. Template dia berbeza. Tapi aku suka sebab ini site kedua yang aku mempunyai paling banyak referrals selain Mylot. Aku ada 9 referals. Kalau ada 10 referrals kita akan dapat $0.25 sebagai bonus. Setiap open post dan balas post dibayar 1 $0.01 dan setiap upload image adalah $0.03. Minimum payout adalah $10 dan boleh withdraw tru Paypal Only. Aku cadangkan korang join site ni. Sila register Free kat sini

Hyip Heat
Salah satu the best site yang aku join. Aku baru je join site ni. dan dari segi bonus dan pembayaran dia agak menarik. Sistem dia begini:

1 post = 1 heatpoint
Each post = 1 HeatPoint
There is a maximum of 25 HeatPoints you can earn in a 24 hour period.
Each HeatPoint = .01 Cent Egold
You can also earn upto 3 Heatpoint per post!
You can also bank your HeatPoints and earn 10% interest every 30 days!
We may also start offering referral bonuses and I will look into that.
Also have an exchange system!
And also, maybe the bonus is still on: 25c signup bonus up to jan31

Faham. sebab tu aku suka join hyip heat. Aku suka sistem dia dan aku rasa tak rugi mencuba. Aku dengar payout dia serenedah $3 dan boleh bayar tru E-gold dan Paypal.
Sila register free kat sini

Exodus 3000
Korang nak main game online tak tapi korang dapat sedikit cash dari duit. Percaya tak percaya benda ni? Aku pun tak janji benda ni dibayar atau tak sebab minimum payout $20 dan dalam paypal sahaja. Aku dah main..baru je kumpul beberapa Mars dollar. Cara paling cepat nak dapat duit..korang beli moved. Tak faham kan aku cite pasal game ni. Korang main game ni berdasarkan move. setiap move atau step yang korang guna itu akan dibayar dengan nilai tertentu iaitu Mars Dollar. Payah aku nak nerang. korang gi je kat website diorang. Sila review atau register free kat sini.

Hyipstalk.com
Antara banyak-banyak program di atas, aku paling suka ini. kenapa? Aku join seawal pembukaan site ini. Dan aku akan dapat first payment. Percaya atau tak percaya, dalam masa 7 hari korang akan dapat $5 dengan hanya buat posting 20 post untuk 1 hari. Awas, jangan lebih dari 20 post sehari. Kalau tak korang takkan dibayar. Dan aku sedang menuju ke arah withdraw sekarang. PLan dia mudah. Setiap hari post 20 post. Cukup  140 post. Korang leh buat withdrawal method. Cara withdraw, korang PM ke admin hyipstalk dan bagitau akaun E-gold korang. Mudah bukan. Jangan buang masa lagi. Sila register free kat sini. Wink

Ok. Aku dah bongkarkan serba sedikit beberapa projek yang aku tengah buat dalam bulan ini. Kalau semua berjalan dengan lancar, aku boleh dapat dekat $100 dolar permonth. Insya-Allah. Aku cuba dan share apa-apa yang patut. Jangan risau. Semua blog aku akan ada updated pasal benda ini. Harap maklum.

Posted at 11:29 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Next Page