<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28



My site is listed at SurfGopher

sUPPORT bANNER dan Plug


Free Hit Counter

Top Business Blogs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, February 09, 2007
Lapar..

Satu lagi malam yang bercelaru.apa yang aku buat hari ini? tak tahu lebih baik dari semalam atau tak? EHm..kadang2 aku hairan kenapa benda2 macam ini berlaku pada kau walhal aku tak mintak pun. Tulah..banyak wat jahat dlu..kan dah kena sekarang balasan dia..Ehm..aku tak reti nak cite. Tapi pendek kata otak sama hati aku tengah bercelaru sekarang. Biarlah masa yang menentukan..

Orang kata budak2 yg lahir bulan Julai nih..takkan dengar cakap orang lain. Takkan ikut cakap orang lain. Berlagak macam ketua. Semua benda nak ikut cakap dia je. Cakap orang lain tak mau dengar. Aku akui kebenaran benda tu semua sebab aku sendiri mempunyai perangai dan sifat2 sebegitu...Ni, tapi selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Sakit macam mana sekalipun aku akan bertahan..

Satu perkara lagi, jangan ingat aku takut pada korang. Aku ada kekuatan untuk bertahan. Aku ada kekuatan untuk meneruskan sisa2 hari aku. So, aku tahu apa yang aku perlu buat. So, hari itu akan tiba. Hari yang membuatkan kita bahagia. Aku pasti hari itu akan tiba. Dan aku yakin pada kau..kau pasti tidak memungkiri janji itu..

Wokeh..lapar gila sekarang nih. Tak jumpa nasik..aku tak tau apa nak wat. Lapar..tapi duit takde. Tunggu hujung bulan, lambat lagi gamaknya. Terpakselah aku wat sesuatu untuk bertahan sampai hujung bulan nih..duit bisnes semua hujung bulan. Berlapar lah aku sampai bulan depan. Baru dapat makan KFC sama nasi ayam CP buat kali terakhir. Takpe..minum air je aku hari2..

PS : Laparnya hari ini...

Posted at 05:31 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Thursday, February 08, 2007
Celaru gila malam ni..

Malam yang bercelaru..sepatutnya malam ni aku rileks buat kerja dan terus membuat kerja2 aku di internet sempena tinggal beberapa hari lagi aku akan tinggal di rumah ini. cukup 15 haribulan aku kena berambus dari rumah ini..Haha..papun, aku cuba buat apa yang sepatutnya..

Nak dijadikan cerita malam nih hati sama otak aku betul2 bergaduh dan aku tak tahu apa yang aku buat dan aku cakapkan tadi. bercelaru dan aku main cakap je apa yang aku nk cakap. marah punye pasal dan memacam yg dah jadi. aku bengang betul. Bukan sebab dipermainkan oleh orang tapi sebab aku rasa bengenag. itu je.. dan ini membuatkan aku bengang sepanjang hari. Nak tidur pun susah dan paling aku tak biasa..badan aku mesti sakit bila aku bengang. Boleh tak kalau tak sakit sikit, even dah nak mati pun, bagilah aku tenaga sikit untuk sampai aku balik banting lagi. aku tak nak mati kat sini..tolong ye. tahan sikit je lagi..sebualn je lagi.. Tolonglah wahai badan..

Oklah..aku nak gi mandi. badan cam rasa tak selesa. dah la tak makan lagi ni. 2 hari tak jumpa nasik dan hari ini aku cuma makan biskut tiger je..dengan air suam. cam rasa hidup kat afghnistan je. Takpe..ku teruskan hidup aku begini. Aku tahu..inilah saat2 terakhir aku hidup kt bumi sabah nih..

Abg wan..thanks contact aritu..walaupun faham apa yang berlaku..tapi susah mau cakap skrg..apa yg pasti, kita berdoalah agar dipermudahkan pada masa hadapan. Thanks belanja pagi tu..lama gila tak makan nasi lemak. Tapi sebelum balik, memang nk jumpa abg wan..nanti kita jumpa lagi ek..

Ok..mak. tunggu jelah kat rumah..Nanti orang sampai, orang bgtau mak. Lama dah tak jumpa mak. lama dah tak balik banting. Lama dah tak jumpa nenek.

PS : Aku tak kesah kau nak mainkan aku..cuma kenapa aku rasa lebih tersiksa dari dlu? Cuba kau terangkan pada aku..dengan ayat yang lebih jelas?

Posted at 05:28 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Monday, February 05, 2007
Air Mata Wanita

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

PS : Jangan menangis lagi di depan aku..

Posted at 03:55 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Got Earn from Totalshares.com

TEsting coding..for Totalshares.com





YEs..This site pay me everyday. I love to join this site..Really good and make me happy everyday. I got more than 10% everyday.. Its good right to invest here? so, i strongly suggest you this site..:)

Posted at 02:14 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Sunday, February 04, 2007
Baru balik turn Gunung Kinabalu

Aku baru je balik dari Mendaki gunung kinabalu petang tadi. Tepat jam 5 lebih aku sampai ke rumah aku dan ini membuatkan aku terasa penat yang amat sangat. Aku mengalami kecederaan yang agak parah gak lah. Kedua2 kaki aku injured. Lebam teruk akibat menerima hentakan lebih dari 300 anak tangga yang berada di gunung kinabalu. AKu lalu gate mersilau dan pulang dengan gate timpohon..

Walaupun aku dah naik selama 3 kali sebelum ini, tapi ini kali pertama aku dapat lihat bulan penuh pada malam aku daki gunung dan dapat lihat matahari terbit pada waktu pagi. Bahgia gila waktu tu..cam ada benda yg wat aku rasa tenteram. Eceh..aku try hantar msg kat dia pagi tuh..banyak kali masa kat puncak. Tapi tak dapat2..sending failed..bengang aku dibuatnya. Tak terkatala nak jawab..At least dia tahu, yg aku naik gunung kerana dia..

Ok..aku dapat 2 sijil dari Pengurusan Yang menguruskan pendakian aku kat Kinabalu Park ni. Dan aku sepatutnya ada 8 sijil hanya dengan mendaki Gunung kinabalu. Maksudnya aku dah daki 4 kali setakat ni. Tapi yang kali ini agak mudah dan dipermudahkan oleh Allah. MAkbul doa aku agar 2 hari ini tidak hujan dan perjalanan kami berjalan seperti biasa..

Oklah..tak ada apa nak cakap. Satu je..Thanks for mesej me back.  Thats something to me..Only you and me about that. Like you said, " Just Believe in Me"  You know..thats my word when i give it to you..Wink

Ok..babai. Sakit kaki. nak tuam dengan air panas..esok ada kelas silat kat Indah permai dan Selasa kat UMS..


Posted at 04:45 am by rebana
Comment (1)  

Thursday, February 01, 2007
Aku naik gunung kerana kau

Malam Jumaat dan hari ini hari khamis. Malam ni adalah malam kedua sebelum aku bertolak ke tanah Ranau dan Poring. Aku akan mendaki gunung buat kali ke 4 di bumi Sabah ini. AKu harap aku dapat naik kali ini seperti biasa dan aku mengharapkan aku dan atul tidak jadi sweeper lagi buat kali ini. Walaupun yang naik ini cuma aku dan atul bersama2 dengan 4 orang budak2 indah permai (budak potong), tapi aku mengharapkan semangat dan kekuatan diorang berjaya mendorong mereka untuk ke puncak kinabalu..hoho..

Terima kasih kerana kembali..aku tahu kau akan kembali..Maka dengan ini aku sudah ada kekuatan kembali untuk naik gunung kinabalu. Untuk menjajah sekali lagi bumi kinabalu..

Alhamdulillah, aku dapat lagi 2 orang downline dalam Em-pay..Syukur..walaupun tak banyak, tapi ada jugak orang. Aku syukur sangat. Buka site hari ini, tahu2 je dah da orang..best gila. Aku akan contact diorang memandangkan website rasmi ada masalah sekarang..

Berita buruk, Akaun E-gold aku kena rompak semalam. Kena hacked. Dan semua duit yang aku simpan dalam tu, hilang kena curiklah..Habis duit dan letih peluh aku dok depan computer, hilang macam tu je..Bengang tak sudah dan menyebabkan aku marah tak terkata. tapi aku terpaksa bersabar sajalah sekarang..Wink

Ps: Sekali lagi..terima kasih kerana kembali..Sad

Pss : Aku naik gunung kerana kau..

Posted at 07:30 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Friday, January 26, 2007
Ada 30 hari lagi..

Hari ini aku penat. Tak larat dah nak layan semua paid for posting, aku rasa aku perlukan rehat yang secukupnya dan aku perlu tidur. Balik banting saja nanti aku akan cover tidur untuk satu minggu dan akan wat keje untuk minggu seterusnya. Aku tahu aku perlukan kerja dan modal untuk bisnes aku yang akan datang. Tunggu saja waktu itu tiba dan ketika itu aku ada misi asal yang aku tak pernah bagitahu sesiapapun kat dunia ini.,.ada benda aku perlu buat. Mungkin itulah sebab aku lahir kat dunia ini. Aku akur aku insan biasa. Masih banyak kerja yang perlu aku lakukan..

Dan..malam ini aku pulang ke rumah walaupun aku nekad nak tidur kat kolej e. Rasanya aku tak sanggup nak tido kat sana lagi. bikin hati panas dan sedih saje. Aku dapat rasakan aku tak perlu berada di sana lagi. Dan aku tahu, aku perlu buat sesuatu. Dan kerja dan penat menjadi rutin harian aku sekarang. Aku perlukan kerja yang sesuai dengan diri aku. Dan aku dah dapat..

Tak ragu aku katakan aku ada matlamat yang perlu aku capai. Nantikan saja waktu itu dan aku tahu aku boleh lakukannya.

Kelas latihan malam tadi walaupun 2 orang lelaki aja budak asas namun aku akur yang mungkin mereka ada potensi untuk diketengahkan. Amalkan saja apa yang korang belajar dan niat untuk belajar biarlah kerana ilmu itu sendiri bukan kerana orang lain. Jika korang belajar untuk orang lain atau ikut-ikutan..aku tak ada satu sen ilmu nak habaq kat korang..korang belajar la sendiri..ilmu yang kita dapat tu untuk diamalkan bukan untuk simpan dalam dompet..tapi siapala aku nak decide korang amalkan atau tak kan? Siapalah aku nak ajar atau cakap bukan2 pada korang. Ini korang sendiri kena faham sendirilah..aku bukan mak abah korang. Aku hanya insan biasa..

OKlah..setat dua tiga hari ini aku dah melalut. Dulu selalu merepek. Sekarang dah macam-macam aku buat. Apapun, cukuplah setakat ni dlu..kita jumpa lain kalam. Akum..

Ps : Menghitung hari nak balik Banting..ada lebih 30 hari lagi..


Posted at 08:00 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Next Page