Saturday, February 10, 2007
Hasil yang agak lumayan..
Ada berita baik dan perkara yang tak berapa sedap arinih..aku cerita perkara yang baik ajelah..Apa dia benda baik tu? Usaha aku membuahkan hasil. Aku dapat payment dari beberpa website. Walaupun agak rendah tapi agak membuahkan hasil setelah beberapa minggu bertungkus lumus membuat kerja yang nampak macam tak ada faedah langsung tapi at least aku dapat duit percuma dari internet..hasil dah nampak lah sekarang..ok..ni list senarai dari mana aku dapat duit..walaupun aku lambat update..tapi tu pun salah diorang..lambat masukkan duit ke e-gold aku. harap2 aku dapat rezeki lebih hingga hujung februari ni. nampak gaya aku kena 24 hours sampai hari khamis depan sebab, hanya sampai itu sajelah intternet kat rumah aku akan online 24 jam. Lepas itu akan berambus dari ruman no 9 ini..OK..nih list yg aku dah dapat tu..
1. Mylot ($31.12)
2. Thegreeennation forum ($4.00)
3. Hyipstalk.com ( $10.00)
5. Totalshares.com ($2.67)
6. Stable.com ($0.18)
7. Egoldtrust.com ($0.36)
8. Bidvertiser ($1.69)
9. sign-profit.com ($2.50)
10. look2earn ($0.24)
Ini je kot yang aku ingat. Nanti aku tengok balik. Patutnya dalam hujung bulan Januari hingga 8 Februari nih aku dapat banyak payment. Tapi lambat update. Nanti aku update semua benda yang aku dapat dari internet. Nampak macam kecik kan? Tapi berbaloilah dengan modal. FREE semuanya dan aku dapat dalam masa sebulan. Sebulan ini pun bukan hari2 aku wat..dan cukup akhir februari ini aku akan wat withdrawal ke Maybank aku..macam mana? Nanti aku bagitau caranya..
Kalau 2 hari yang lepas hati aku agak bercelaru..sekarang pun tgh bercelaru. Sakit di hati dan sakit di jantung sangat berbeza. Belum campur sakit kat otak lagi. aku tak tahu macam mana nak cakap. Aku tahu banyak penipuan dan banyak benda yang tidak diketahui oleh aku. Aku bersabar sahaja sekarang menantikan perkara sebenar terbongkar. aku tau dia cuba melindungi sesuatu..tak apa. hari itu akan tiba. daan aku pasti dia dan aku sedang berusaha ke hari itu. Aku pasti...aku percaya pada dia..Oklah..aku nak buat kerja sedikit. harap sangat dapat terus onlihe. tapi memandangkan badan aku bukan badan orang muda, terpakselah berusaha secara minimum. Tidak dapat macam dulu. Tapi aku cuba jugak..manalah tau kan. ada hasil jugak kadang2.
.

Ini program paid to read dari Singapore..
Posted at 05:13 am by
rebana
Permalink
Friday, February 09, 2007
Satu lagi malam yang bercelaru.apa yang aku buat hari ini? tak tahu lebih baik dari semalam atau tak? EHm..kadang2 aku hairan kenapa benda2 macam ini berlaku pada kau walhal aku tak mintak pun. Tulah..banyak wat jahat dlu..kan dah kena sekarang balasan dia..Ehm..aku tak reti nak cite. Tapi pendek kata otak sama hati aku tengah bercelaru sekarang. Biarlah masa yang menentukan..
Orang kata budak2 yg lahir bulan Julai nih..takkan dengar cakap orang lain. Takkan ikut cakap orang lain. Berlagak macam ketua. Semua benda nak ikut cakap dia je. Cakap orang lain tak mau dengar. Aku akui kebenaran benda tu semua sebab aku sendiri mempunyai perangai dan sifat2 sebegitu...Ni, tapi selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Sakit macam mana sekalipun aku akan bertahan..
Satu perkara lagi, jangan ingat aku takut pada korang. Aku ada kekuatan untuk bertahan. Aku ada kekuatan untuk meneruskan sisa2 hari aku. So, aku tahu apa yang aku perlu buat. So, hari itu akan tiba. Hari yang membuatkan kita bahagia. Aku pasti hari itu akan tiba. Dan aku yakin pada kau..kau pasti tidak memungkiri janji itu..
Wokeh..lapar gila sekarang nih. Tak jumpa nasik..aku tak tau apa nak wat. Lapar..tapi duit takde. Tunggu hujung bulan, lambat lagi gamaknya. Terpakselah aku wat sesuatu untuk bertahan sampai hujung bulan nih..duit bisnes semua hujung bulan. Berlapar lah aku sampai bulan depan. Baru dapat makan KFC sama nasi ayam CP buat kali terakhir. Takpe..minum air je aku hari2..
PS : Laparnya hari ini...
Posted at 05:31 am by
rebana
Permalink
Thursday, February 08, 2007
Malam yang bercelaru..sepatutnya malam ni aku rileks buat kerja dan terus membuat kerja2 aku di internet sempena tinggal beberapa hari lagi aku akan tinggal di rumah ini. cukup 15 haribulan aku kena berambus dari rumah ini..Haha..papun, aku cuba buat apa yang sepatutnya..
Nak dijadikan cerita malam nih hati sama otak aku betul2 bergaduh dan aku tak tahu apa yang aku buat dan aku cakapkan tadi. bercelaru dan aku main cakap je apa yang aku nk cakap. marah punye pasal dan memacam yg dah jadi. aku bengang betul. Bukan sebab dipermainkan oleh orang tapi sebab aku rasa bengenag. itu je.. dan ini membuatkan aku bengang sepanjang hari. Nak tidur pun susah dan paling aku tak biasa..badan aku mesti sakit bila aku bengang. Boleh tak kalau tak sakit sikit, even dah nak mati pun, bagilah aku tenaga sikit untuk sampai aku balik banting lagi. aku tak nak mati kat sini..tolong ye. tahan sikit je lagi..sebualn je lagi.. Tolonglah wahai badan..
Oklah..aku nak gi mandi. badan cam rasa tak selesa. dah la tak makan lagi ni. 2 hari tak jumpa nasik dan hari ini aku cuma makan biskut tiger je..dengan air suam. cam rasa hidup kat afghnistan je. Takpe..ku teruskan hidup aku begini. Aku tahu..inilah saat2 terakhir aku hidup kt bumi sabah nih..
Abg wan..thanks contact aritu..walaupun faham apa yang berlaku..tapi susah mau cakap skrg..apa yg pasti, kita berdoalah agar dipermudahkan pada masa hadapan. Thanks belanja pagi tu..lama gila tak makan nasi lemak. Tapi sebelum balik, memang nk jumpa abg wan..nanti kita jumpa lagi ek..
Ok..mak. tunggu jelah kat rumah..Nanti orang sampai, orang bgtau mak. Lama dah tak jumpa mak. lama dah tak balik banting. Lama dah tak jumpa nenek.
PS : Aku tak kesah kau nak mainkan aku..cuma kenapa aku rasa lebih tersiksa dari dlu? Cuba kau terangkan pada aku..dengan ayat yang lebih jelas?
Posted at 05:28 am by
rebana
Permalink
Monday, February 05, 2007
Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu
menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya
tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya
erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu
menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus
bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia
bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah
menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan
kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari
rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu
apabila ia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai
semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang
akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap.
Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan
lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui
masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang
rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah
melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji
setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri
sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan
perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan
bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana
sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
PS : Jangan menangis lagi di depan aku..
Posted at 03:55 am by
rebana
Permalink
Got Earn from Totalshares.com
TEsting coding..for Totalshares.com
YEs..This site pay me everyday. I love to join this site..Really good and make me happy everyday. I got more than 10% everyday.. Its good right to invest here? so, i strongly suggest you this site..:)
Posted at 02:14 am by
rebana
Permalink
Sunday, February 04, 2007
Baru balik turn Gunung Kinabalu
Aku baru je balik dari Mendaki gunung kinabalu petang tadi. Tepat jam 5 lebih aku sampai ke rumah aku dan ini membuatkan aku terasa penat yang amat sangat. Aku mengalami kecederaan yang agak parah gak lah. Kedua2 kaki aku injured. Lebam teruk akibat menerima hentakan lebih dari 300 anak tangga yang berada di gunung kinabalu. AKu lalu gate mersilau dan pulang dengan gate timpohon..
Walaupun aku dah naik selama 3 kali sebelum ini, tapi ini kali pertama aku dapat lihat bulan penuh pada malam aku daki gunung dan dapat lihat matahari terbit pada waktu pagi. Bahgia gila waktu tu..cam ada benda yg wat aku rasa tenteram. Eceh..aku try hantar msg kat dia pagi tuh..banyak kali masa kat puncak. Tapi tak dapat2..sending failed..bengang aku dibuatnya. Tak terkatala nak jawab..At least dia tahu, yg aku naik gunung kerana dia..
Ok..aku dapat 2 sijil dari Pengurusan Yang menguruskan pendakian aku kat Kinabalu Park ni. Dan aku sepatutnya ada 8 sijil hanya dengan mendaki Gunung kinabalu. Maksudnya aku dah daki 4 kali setakat ni. Tapi yang kali ini agak mudah dan dipermudahkan oleh Allah. MAkbul doa aku agar 2 hari ini tidak hujan dan perjalanan kami berjalan seperti biasa..
Oklah..tak ada apa nak cakap. Satu je..Thanks for mesej me back. Thats something to me..Only you and me about that. Like you said, " Just Believe in Me" You know..thats my word when i give it to you..

Ok..babai. Sakit kaki. nak tuam dengan air panas..esok ada kelas silat kat Indah permai dan Selasa kat UMS..
Posted at 04:45 am by
rebana
Permalink
Thursday, February 01, 2007
Aku naik gunung kerana kau
Malam Jumaat dan hari ini hari khamis. Malam ni adalah malam kedua
sebelum aku bertolak ke tanah Ranau dan Poring. Aku akan mendaki gunung
buat kali ke 4 di bumi Sabah ini. AKu harap aku dapat naik kali ini
seperti biasa dan aku mengharapkan aku dan atul tidak jadi sweeper lagi
buat kali ini. Walaupun yang naik ini cuma aku dan atul bersama2 dengan
4 orang budak2 indah permai (budak potong), tapi aku mengharapkan
semangat dan kekuatan diorang berjaya mendorong mereka untuk ke puncak
kinabalu..hoho..
Terima kasih kerana kembali..aku tahu kau akan
kembali..Maka dengan ini aku sudah ada kekuatan kembali untuk naik
gunung kinabalu. Untuk menjajah sekali lagi bumi kinabalu..
Alhamdulillah,
aku dapat lagi 2 orang downline dalam Em-pay..Syukur..walaupun tak
banyak, tapi ada jugak orang. Aku syukur sangat. Buka site hari ini,
tahu2 je dah da orang..best gila. Aku akan contact diorang memandangkan
website rasmi ada masalah sekarang..
Berita buruk, Akaun E-gold
aku kena rompak semalam. Kena hacked. Dan semua duit yang aku simpan
dalam tu, hilang kena curiklah..Habis duit dan letih peluh aku dok
depan computer, hilang macam tu je..Bengang tak sudah dan menyebabkan
aku marah tak terkata. tapi aku terpaksa bersabar sajalah sekarang..

Ps: Sekali lagi..terima kasih kerana kembali..

Pss : Aku naik gunung kerana kau..
Posted at 07:30 am by
rebana
Permalink