<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31



My site is listed at SurfGopher

sUPPORT bANNER dan Plug


Free Hit Counter

Top Business Blogs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, September 07, 2009
Semuanya hanya satu. Kepercayaan

Benda yang pasti, kita tak pasti
benda yang berlalu, belum tentu takkan berlalu
tapi apa yang pasti
kita pasti akan lalu benda yang perlu kita lalu..

kenangan pasti hadir dan pergi
kenangan pasti pahit dan manis
kenangan pasti biru dan hijau
kenangan yang pasti, dia pergi. Mereka pergi..

sesuatu yang indah, pastinya buruk
sesuatu yang buruk, pastinya indah bagi pandangan mata yang berbeza
pada hati yang berbeza
pada jiwa yang merasa
pada manusia yang bersatu

apa itu cinta?
apa itu rasa?
apa itu suka?
apa itu sayang?
Semuanya hanya satu. Kepercayaan.

Tanpa kepercayaan
tiada cinta
tiada rasa
tiada suka
tiada sayang
Tanpa kepercayaan, tanpalah dia..tanpalah mereka
disisiku.

Posted at 08:25 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Monday, November 10, 2008
Anugerah

Satu perkara yg membuatkan hidup aku kembali bersemangat, pabila aku percaykan mereka. Aku yakin mereka akan faham walaupun ianya sukar untuk meruntuhkan ego mereka. Aku tahu ada sesuatu yg menentang aku dan aku tahu aku bakal pergi dan membiarkan ia menguasai..

HIdup ini tidak lama. Maut pula pasti. Kehilangan yg telah aku alami, mungkin tidak sesiksa mereka yg kematian insan yg mereka kasihi. Tapi aku yakin. Pastu sesuatu bakal menanti.

Aku tahu mereka menyintainya. Mereka merinduinya. Tetapi mereka tidak tahu apa yg perlu lakukan. Mereka bukan ditempat aku. Jadi mereka tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Semuanya perlu dilakukan oleh diriku. Apakah aku begitu penting? Penting kita diperlukan, tidak bila tiada keperluan..

Benar. Hidup ini indah. Hidup ini juga agak palat. Tapi sepalat-palat hidup ini, aku akur yg mencintai dan dicintai itu satu anugerah yg tidak dapat aku lupakan..

Bukan aku.

Posted at 06:53 am by rebana
Comment (1)  

Friday, September 05, 2008
Masih Rindukah dia?

Rasanya dah lama aku tak borak kat sini. Biasalah sangat sibuk dengan blog-blog aku yang lain. Aku cuba buat sesuatu yang lain walaupun aku tahu ianya agak sukar.

Satu yang aku perlu tahu. Aku perlu berubah sekarang. Jika aku terlambat, pastu sesuatu akan terlepas dari gengaman aku.

Bulan puasa kali ini memberikan kembali kepahitan dan kesakitan lama. Kenapa ia kembali walaupun aku harap ianya tidak kembali. Aku rindu akan kesakitan itu walaupun ia mungkin memudaratkan aku. Aku tidak tahu apa perlu buat. Teruskan sahaja sisa-sisa yang masih muda ini.

Ok. Itu saja. Aku baru je lepas sahur. Jika kau masih mengunjungi blog ini. Ketahuilah, aku masih rindu. Walaupun aku tidak tahu engkau rindu atau tidak..

Posted at 02:53 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Tuesday, August 05, 2008
Our Fate

Why i still remind her even what she have done to me?

I know its something stupid to keep remind and know about her. But i can. She is something that can i leave. I hope God will help me for that in one day. Maybe not today, but that day will come. I believe with that like she promise with me.

Like he ask, believe in her. Thats what i'm doing. Not contact her in person. No more calling or sms for this 2 years. I know girls will dissapoint and people will feel pity to me. But i don't care. Its something i cannot forget and forgive.

We must be done something first before crazy thing happen.

I hope she will read this even i know the percent is below 1%. Just keep my hope and God let me we meet again. I believe that our fate.

Posted at 09:17 am by rebana
Comments (2)  

Sunday, March 23, 2008
Mengapa engkau menderita?

Kenapa ganggu hidup aku lagi? Kenapa engkau pula yang mengganggu aku? Bukankah engkau yang memintak ianya berakhir? Mengapa engkau mula rindu pada diri yang engkau pandang hina dahulu? Sudahkah lupa apa yang engkau telah ludah dahulu?

dan di manakah dia yang selalu melindungmu dahulu dengan gagah dan penuh tipu daya itu? Berfikirlah. Dunia ini tidak dicipta untuk bahagia. Tapi untuk derita.

Jadi. Mengapa engkau memilih untuk menderita lagi untuk bersama dengan ku? apakah kau pasti pilihan ini akan tepat seperti perjalanan hidupmu yang telah dirancang dahulu tetapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya?

Posted at 09:20 am by rebana
Comment (1)  

Thursday, December 06, 2007
Aku hidup lagi la..

Ehm. lama dah aku tak posting sesuatu kat blog nih. Macam dah berhantu agaknya blog nih. Hoho. Bukan apa, aku agak sibuk sekarang. Dan sejak aku dah tak study nih. bukan diberhentikan dari universiti ye..aku dah sah grade tahun 2007 nih..dah dapat ijazah pun...aku cuma busy dengan lifesyle aku yang tak berhenti keje skrg nih..aku harap aku dapat bayar ptptn dan hutang apa2 yg patut.. 

Walaupun terasa gak kene di mainkan 2 hari yang lepas. Tapi aku nak buat macam mana. Hidup kene teruskan juga. Dia pun kene teruskan juga. Thanks because keep that..

Terima kasih juga sebab still simpan perkataan abang tu dan tak bagi dia pakai. Terima kasih juga sebab lindungi abg dari dulu dan sekarang..

So, aku cuba dalam 1 minggu. Aku post kat sini lagi. Walaupun dah tak dapat aktif cam dulu lagi. tapi aku still keep this blog forever. Inilah blog pertama aku di dunia ini..

Salam. Salam sayang. rebana..

 

 

 

Posted at 02:45 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Tuesday, September 18, 2007
Cerita pasal Paku?

Tak ada apa aku nak tulis sangat. Cuma pagi ni aku rasa nak tulis sesuatu. Sesungguhnya aku sangat rindu pada seseorang dan aku tak dapat nak beritahu siapa dia pada korang. Cukuplah aku beritahu yang aku rindu sangat pada dia.

Terutamanya pada bulan puasa ni. Memang dia yang buat aku sakit sampai sekarang. Tapi tak apa. Sakit ni aku akan kenang sampai bila-bila dan aku pasti sudah tak ada penyembuh bagi sakit ini. Aku rela tanggung sampai bila biarpun orang kata aku gila atau bodoh sekalipun. Korang bukan duduk dalam kasut aku. Mana korang tau dalam kasut aku tu ada paku yang telah digam untuk 200 ratus akan datang? Sekuat mana aku cabut paku tu. Paku tu still melekat lagi..

Hanya Dia saja yang boleh buang paku tu..

Posted at 04:45 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Next Page