Sunday, December 10, 2006
Tangan aku kena pisau masa kupas mangga
Malam ni pun sebenarnya malam yg agak buring bagi aku. Wat keje macam biasa. Wat post yg macam biasa kt pelupa.com dan mylot.com. Dua forum yg membayar usernya apabila membuat post yg berkualiti. Tapi taktau macam mana depa kira post tu berkualiti atau tak? Hoho..
Aku teringin nak makan manga muda malam ni. Terus aku pesan kt ajib yg gi kk dgn shah tapau manga. Ngidam plak aku 2,3 hari ni dgn mangga muda. Habis aku tibai mangga 4 biji dgn jambu batu cicah dgn sambal kicap kegemaran aku. Lagi plak di makan secara berjemaah. Mana tak seronok dibuatnya. Haha..semua kepedasan. Sebab sambal kical tu dah 2ari aku peram bersama2 dgn cili padi..Sedap tak terkata wa cakap lu. Kecur air mata aku dibuatnya..
Dan benda yg wat aku tak berapa sedap atinya, tangan aku kena pisau plak masa kupas mangga tadi. Habis diorang makan darah aku. Jadi keturunan raja bersiunglah dibuatnya. Akulah raja bersiungnya. HAha.. Mesti ada something happen. Selalu bila benda2 macam ni berlaku ada benda yg tak baik dah berlaku dgn orang2 yg dekat dgn aku. Apa kebendanya ek. Takpe, berita tu akan hadir sendiri pada aku bila sampa iwaktunya..
Oklah..nak berforum plakk. wokeh..
Get I cent for free - Believe it or not?
Posted at 05:54 am by
rebana
Permalink
Friday, December 08, 2006
Posted at 11:24 am by
rebana
Permalink
Pagi ni rasanya tak banyak yg aku nak buat. Saje je mengisi masa pada waktu pagi ini. Nak study aku dah habis. Sem lepas aku berjaya dengan jayanya dan perancangan aku mengikut pada plan no 1 aku. Akhirnya penantian aku telah tiba dan waktu untuk bekerja sudah tiba. Yang sudah tu sudahlah. Waktu untuk study sudah habis dan tumpukan dulu untuk bayar duit yuran yg ada dkeat seribu lebih tu. Dan janganlah nak mneyusahkan diri lagi macam dulu...
Em.cam biasa,wat benda2 yg dapat menambahkan profit dalam e-gold aku. dan sebelum minggu dpean aku kena wat debit kad aku. AKu mesti dan mesti. Aku dah buka akaun public bank dan mesti meneruskan langkah seterusnya. Tak leh lambat lagi.aku ada masa sebulan sebelum tahun hadapan..Mesti siap segalanya semua projek aku nih. TAk leh berlengah-lengah lagi..

wokeh..waktu untuk bekerja..
DAftar untuk hosting..
Posted at 10:34 am by
rebana
Permalink
Wednesday, December 06, 2006
Malam ini tak ada sangat yg istimewa. Hanya melepaskan kahak di tangga sahaja. Merokok adalah tidak elok untuk kesihatan anda. Malah sangat membahayakan bagi golongan yg bukan perokok. POtensi untuk orang yg menerima asap rokok adalah lebih tinggi untuk mendapat penyakit berbanding orang yg merokok. Tak percaya? Tak percaya sudah!!
Em..aku temankan kawan aku gi beli sayur tadi. Adalah habis dekat Rm50++. UNtuk kenduri kawin adik ipar dia kat Labuan. Banyak gak kitaorang tapau dari pasar filipin tu..macam dah borong gamaknya. Tak apalah..janji dah setel skrg. Baru je balik dari restoren aziz.dan dah kekenyangan. Nak makan ke tak manga masam tu haa...em..nak ke tak nak eh...Naklah..
Posted at 08:30 am by
rebana
Permalink
Tuesday, December 05, 2006
Bila nasi dan jadi bubur nasi..
Apa khabar?
Em..lama
rasanya tak tulis dalam bahasa melayu. Hari ini aku tulis dalam bahasa
kebangsaan kami. Bahasa Melayu aka Bahasa Malaysia. Rasa-rasanya tak
salah aku tulis dalam bahasa melayu walaupun aku cuba untuk kekalkan
blog ini dalam bahsa ibunda kedua aku..
Em..sayugia aku tak
dapat nak share apa sangat pada pagi ini. Sebab sekarang sedang
berperang dgn syaitan dalam otak ni. Maklumlah baru je habis syawal dan
ramadan. Nak dekat plak raya haji. So, mcam2 yg sedang berlaku kat
dalam otak dan hati nurani suci ni. Hehe..:(
Dalam
masa yg sama, aku dapat terlalu banyk berita sedih dalam satu minggu
ini. Meh, aku senarai pendek sikit masalah2 yg berkait-paut dengan
getah bacang ni :
1. Bergaduh dgn perempuan
2. Bergaduh dgn suami orang..
3. HUtang member aku belum bayar..
4. Member2 yg hutang aku tak bayar lagi hutan diorang kt aku..adalah dekat Rm2+++
5. Exam member2 aku teruk :(
6. Exam aku lulus semua. Tak ada failed. Dan layak untuk grade !!
7. Makan tak ada selera.
8. Suka makan lolipop skrg..
9. Terlalu banyak jaga hal tepi kain orang. Sedangkan kain sendiri tak basuh lagi.
10. Anak durhaka sbb xnak balik banting lagi..
11. Mak aku nak jumpa..
12. Abah aku tgh pening dgn exam paper budak2 spm..
13. Adik2 aku dah balik rumah. AKu bila nak balik?
14. Nenek aku rindu kt aku..
Cukuplah..ada
lagi. Tapi aku senaraikan yg top blacklist je. Malas aku nak tulis.
Kalau tak memang berjela-jela aku tulis kt blog ni. Len kali aku habaq
lagi..aku nak balik Banting. Betul2 tak dapat balik skrg. Sebab ada
benda nak diuruskan. AKu nak pukul orang sangat sekarang ni. Kalau
jadi..korang carilah aku kat balai polis kota kinabalu. Aku ada kt situ
kalau benda ni terjadi. SIlap aribulan korang kena ikat jamin
aku..HOho..
PS : Jika syaitan pilih untuk masuk neraka..kenapa manusia masih tak nak masuk syurga?
Posted at 02:29 pm by
rebana
Permalink
Sunday, December 03, 2006
Just dizzy today. Rasanya pening kepala aku makin bertambah sejak 2.3 hari nih. Dah try makan pandiol dah tadi...still pening gak. INgat leh kurang sikit..tapi makin pening gak smpai petang nih..
Ehm..petang tadi aku chat dgn seseorang..very important person..Tak perlulah korang tau sape..lagipun bukan korang kenal pun dia...ada dah chat dgn beratus2 orang kt dunia nih..Semua orang ada perangai masing2..tak tau nk kata apa..pendek kata aku bertambah pening selepas chatting tadi...huh..

Dan nak dijadikan cerita, seorang lagi member rumah aku balik dengan membawa berita sedih. Malas aku nak cite apa berita tu..aku pun malas nk bising2..ni masalah orang lelaki. Orang lain tak perlu amik tau..hoho..
Dalam survey aku...blog aku nih..dalam seminggu pasti ada orang yg baca. walaupun aku tak harap sangat ramai yg baca..cukupla ada seoorang...klu dah dua org baca blog aku, kira bonusla sebab dpt wat diorang baca apa2 yg aku merepek nih. Walaupn tak menda\tangkan banyak faedah. tTapi disinilah aku bekongsi suka dan duka aku sebagai seorang pelajar yg dulunya tak tahu apa itu uuniversity..

OK..nak mandi..
Riko, really miss you..
Posted at 01:50 am by
rebana
Permalink
Saturday, December 02, 2006
Em..tak taula kenapa aku malam ni..rasa cam rindukan seseorang je..Hehe..biaslah..manusia biasa kan? ehm..teringat kisah2 dulu..kisah2 zaman pak pandir dlu..zaman luncai dlu..hai..banyak gak sejarah hidup aku nih..why i must remember you this time?

Mungkin ada natijahnya..mungkin ada kesannya atau mungkin juga ada sebabnya aku berperasaan begini pada pagi nih.. PAgi ahad..esok nak basuh baju 2nd round..tadi dah tibai 1st round..selalu basuh baju nih ad 3rd round setiap minggu..tp nih aku xtend dekat 3 minggu..mana tak berlambak baju nk kena basuh..nasib baik ad Daia..terus aku lupakan yg lain..hehe

Em..lupakan dah kisah sedih medih ni...watpe nk ingat lagi nih..nih baju banyak lagi tak basuh..ada lagi masa nk sedih nk rindukan orang..Apa kena ko nih weh!!

Em..lantak aku la setan..aku punya pasal lah..hati aku punya pasal..ingat senang aku nak dapat hati aku nih..dah la hilang..yg ada nih pun ntah saki baki mana aku ntah aku dpt..yg ada nihla nk teruskan idup..yg bagi orang kenapa..kan dah kena buang kat sungai mana ntah..nk cari balik tak tau kt mana..dah hilang..nk wat cane..nk curik hati orang lain..rasa besalah plak. kan berdosa mencuri.Nanti kena potong tangan plak aku dibuatnya...
Ehm..ngantuk dan lapar. bercampur dan sakit perut sekali. dah nak kat seminggu aku kena sakit perut nih. asyik2 gi tandas je. apa aku makan semua kuar balik..nih akibat minum susu Igg plus kot..mungkin nk cuci perut agaknya.. Agaknyalah, harap2 gitu dan tak berpanjangan..jenuh dah aku telan panadol 3,4 bijik sehari semata-mata nk tahan sakit..lum sakit mata kiri aku nih lagi..lum sakit kt hati nih lagi..lum sakit kat...tang nih tak leh tau..rahsia lagi..penyakit sebenar yg aku memang takkan cakap kt sape2..sape2 yg baca blog nih pun leh main serkap jarang je..:(
okla..nak main game wesnoth..
Posted at 09:12 am by
rebana
Permalink