<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31



My site is listed at SurfGopher

sUPPORT bANNER dan Plug


Free Hit Counter

Top Business Blogs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, December 12, 2006
Download link untuk Din..

Rasanya tak aapa-apa nak cerita pagi ni. Aku kepenatan sangat hari ni. Akhirnya aku berjaya buat kad debit public bank aku semalam walaupun tak cukup tido selama 3 haro berturut. Balik je dari kk semalam, terus aku bantai tido..Memang penat gila. Masa jalan balik tu pun aku senyap je. Azrani pun tak berani tegur aku senyap. Hoho..memang aku rasa cam penat gile smlm. Cam nak pengsan je sampai aku tertido masa kat kedai komik semalam. Boleh aku tertido kejap kat situ. Haru betull...

Oklah..hari nih aku nak share sedikit link yang boleh korang download. Aku bagi link je tau..korang download sendiri. Software2 nih aku bagi yg basic2 je...malas aku nak letak banyak2. Nanti korang muak pulak..ok..amik je semua software yg aku bagi nih..banyak gak kebaikkan untuk pc korang..adios..

Style XP
IDM - internet download manager
Yahoo Mesengger Installer
Converter AVI ke RMBV
Real Alternatif
Firefox 2.0
Storm-COdec
WINDIG - GAMES
Power Notes
Youtube Grabber
Anti-Brontok

Ok..cukuplah yang ini..Penat aku nak tambah yang lain-lain..Lenkali aku bagi lagik..

PS : DIn..download nih din..Smile









Posted at 01:04 pm by rebana
Comment (1)  

Monday, December 11, 2006
Do you waiting for someone?

Em..petang nih, adalah permulaan hari bekerja yg agak memenatkan. Penat betul aku bekerja hari ni. Kerja apa? rahsia dlu lah. Kalau betul dapat payment dr keje aku yg aku uruskan malam tadi. Aku akan bukak sikit rahsia pada korang. Rasanya tak rugi sangat aku shaer dgn korang. Ada satu benda yg sedang aku cuba releasekan. Tunggu jelah.. Hoho.

Em..penat betul. Tapi korang tau tak apa perkara yg membebankan dan menyusahkan hati korang? Menunggu merupakan perkara yg paling memenatkan sekali didunia. Apatah lagi menunggu benda yg kita tak tau akan wujud atau tak keadaan tu. Em..ntahlah. Aku sendiri dah penat betul menunggu. Harap sangat tak menunggu terlalu lama. Takut terlalu masak..Surprise

OKlah..aku nak mandi..:)

Posted at 02:25 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Sunday, December 10, 2006
Tangan aku kena pisau masa kupas mangga

Malam ni pun sebenarnya malam yg agak buring bagi aku. Wat keje macam biasa. Wat post yg macam biasa kt pelupa.com dan mylot.com. Dua forum yg membayar usernya apabila membuat post yg berkualiti. Tapi taktau macam mana depa kira post tu berkualiti atau tak? Hoho..

Aku teringin nak makan manga muda malam ni. Terus aku pesan kt ajib yg gi kk dgn shah tapau manga. Ngidam plak aku 2,3 hari ni dgn mangga muda. Habis aku tibai mangga 4 biji dgn jambu batu cicah dgn sambal kicap kegemaran aku. Lagi plak di makan secara berjemaah. Mana tak seronok dibuatnya. Haha..semua kepedasan. Sebab sambal kical tu dah 2ari aku peram bersama2 dgn cili padi..Sedap tak terkata wa cakap lu. Kecur air mata aku dibuatnya..

Dan benda yg wat aku tak berapa sedap atinya, tangan aku kena pisau plak masa kupas mangga tadi. Habis diorang makan darah aku. Jadi keturunan raja bersiunglah dibuatnya. Akulah raja bersiungnya. HAha.. Mesti ada something happen. Selalu bila benda2 macam ni berlaku ada benda yg tak baik dah berlaku dgn orang2 yg dekat dgn aku. Apa kebendanya ek. Takpe, berita tu akan hadir sendiri pada aku bila sampa iwaktunya..

Oklah..nak berforum plakk. wokeh..
Get I cent for free - Believe it or not?

Posted at 05:54 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Friday, December 08, 2006
TEsting..

DOMAIN VERIFICATION PAGE

SmileSurpriseShades

Posted at 11:24 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Masa is time..

Pagi ni rasanya tak banyak yg aku nak buat. Saje je mengisi masa pada waktu pagi ini. Nak study aku dah habis. Sem lepas aku berjaya dengan jayanya dan perancangan aku mengikut pada plan no 1 aku.  Akhirnya penantian aku telah tiba dan waktu  untuk bekerja sudah tiba. Yang sudah tu sudahlah. Waktu untuk study sudah habis dan tumpukan dulu untuk bayar duit yuran yg ada dkeat seribu lebih tu. Dan janganlah nak mneyusahkan diri lagi macam dulu...

Em.cam biasa,wat benda2 yg dapat menambahkan profit dalam e-gold aku. dan sebelum minggu dpean aku kena wat debit kad aku. AKu mesti dan mesti. Aku dah buka akaun public bank dan mesti meneruskan langkah seterusnya. Tak leh lambat lagi.aku ada masa sebulan sebelum tahun hadapan..Mesti siap segalanya semua projek aku nih. TAk leh berlengah-lengah lagi..Surprise

wokeh..waktu untuk bekerja..cry


DAftar untuk hosting..


Posted at 10:34 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Wednesday, December 06, 2006
Manga muda

Malam ini tak ada sangat yg istimewa. Hanya melepaskan kahak di tangga sahaja. Merokok adalah tidak elok untuk kesihatan anda. Malah sangat membahayakan bagi golongan yg bukan perokok. POtensi untuk orang yg menerima asap rokok adalah lebih tinggi untuk mendapat penyakit berbanding orang yg merokok. Tak percaya? Tak percaya sudah!!

Em..aku temankan kawan aku gi beli sayur tadi. Adalah habis dekat Rm50++. UNtuk kenduri kawin adik ipar dia kat Labuan. Banyak gak kitaorang tapau dari pasar filipin tu..macam dah borong gamaknya. Tak apalah..janji dah setel skrg. Baru je balik dari restoren aziz.dan dah kekenyangan. Nak makan ke tak manga masam tu haa...em..nak ke tak nak eh...Naklah..Surprise

Posted at 08:30 am by rebana
Kalau berani komenlah !  

Tuesday, December 05, 2006
Bila nasi dan jadi bubur nasi..

Apa khabar?

Em..lama rasanya tak tulis dalam bahasa melayu. Hari ini aku tulis dalam bahasa kebangsaan kami. Bahasa Melayu aka Bahasa Malaysia. Rasa-rasanya tak salah aku tulis dalam bahasa melayu walaupun aku cuba untuk kekalkan blog ini dalam bahsa ibunda kedua aku..

Em..sayugia aku tak dapat nak share apa sangat pada pagi ini. Sebab sekarang sedang berperang dgn syaitan dalam otak ni. Maklumlah baru je habis syawal dan ramadan. Nak dekat plak raya haji. So, mcam2 yg sedang berlaku kat dalam otak dan hati nurani suci ni. Hehe..:(

Dalam masa yg sama, aku dapat terlalu banyk berita sedih dalam satu minggu ini. Meh, aku senarai pendek sikit masalah2 yg berkait-paut dengan getah bacang ni :

1. Bergaduh dgn perempuan
2. Bergaduh dgn suami orang..
3. HUtang member aku belum bayar..
4. Member2 yg hutang aku tak bayar lagi hutan diorang kt aku..adalah dekat Rm2+++
5. Exam member2 aku teruk :(
6. Exam aku lulus semua. Tak ada failed. Dan layak untuk grade !!
7. Makan tak ada selera.
8. Suka makan lolipop skrg..
9. Terlalu banyak jaga hal tepi kain orang. Sedangkan kain sendiri tak basuh lagi.
10. Anak durhaka sbb xnak balik banting lagi..
11. Mak aku nak jumpa..
12. Abah aku tgh pening dgn exam paper budak2 spm..
13. Adik2 aku dah balik rumah. AKu bila nak balik?
14. Nenek aku rindu kt aku..

Cukuplah..ada lagi. Tapi aku senaraikan yg top blacklist je. Malas aku nak tulis. Kalau tak memang berjela-jela aku tulis kt blog ni. Len kali aku habaq lagi..aku nak balik Banting. Betul2 tak dapat balik skrg. Sebab ada benda nak diuruskan. AKu nak pukul orang sangat sekarang ni. Kalau jadi..korang carilah aku kat balai polis kota kinabalu. Aku ada kt situ kalau benda ni terjadi. SIlap aribulan korang kena ikat jamin aku..HOho..

PS : Jika syaitan pilih untuk masuk neraka..kenapa manusia masih tak nak masuk syurga?

Posted at 02:29 pm by rebana
Kalau berani komenlah !  

Next Page