Entry: Kena balik Banting Monday, January 15, 2007



Jam tepat menunjukkan pukul 3.07 pagi waktu Malaysia dan aku tak tahu apa aku nak buat sekarang. Yang aku tahu hanya godak godem depan pc aku yang dah 1 hari lebih aku tak jumpa. Semalam pergi Kampung E dengan satu harapan. Apa harapan itu? HAa..cuba ko try cari Din..apa sebabnya. Ada dalam post aku kali ini. Amacam gi Labuan? Best tak? Tulah..tak ajak aku lagi..hampeh..cipuding sungguh.

Nak dijadikan cerita..esok aku nak gi jumpa wan. Aku rasa ada benda nak kena bincang sikit. Dan banyak gak benda yang diperlukan untuk kerja-kerja untuk e-perolehan ini. Pendek kata, aku leh wat katalog tu. Tak sesusah yang aku fikirkan. INi pun tengah baca macam2 maklumat pasal katalog ni.Aku rasa macam2 benda aku kena wat sekarang. Harap si wan dapat faham..

Pendek kata aku sibuk .PAnjang kata aku ni malas. Berita gembira. Abah aku beli Kelisa. So, kat rumah aku ada 2 kereta. 1 proton wira dan 1 Kelisa. Aku dah naik pening. Kaya sangat ke abah aku sampai leh beli 1 lagi bijik keta. Aku tak rasa abah aku gi rompak bank. YAng aku perasan. Memang abah aku banyak keja betul sekarang dan dia mengharapkan aku balik Banting dengan secepat mungkin. Abah aku ada tugas penting untuk aku. Jaga rumah dengan kereta baru dia. Dan dalam erti kata lain..aku kena amik mak aku balik dari sekolah setiap pagi dan petang. Sebab abah aku busy gila sekarang dan kadang2 susah nak amik mak aku dri sekolah. So, ini antara salah satu sebab utama aku kena balik rumah..Aku tak kesah. Asalkan aku dapat wat satu benda..benda tu setel. Aku akan balik secepat mungkin.

Okla..ada keja sikit. Berambus dlu. Assalamualaikum.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments