Entry: Ada 30 hari lagi.. Friday, January 26, 2007



Hari ini aku penat. Tak larat dah nak layan semua paid for posting, aku rasa aku perlukan rehat yang secukupnya dan aku perlu tidur. Balik banting saja nanti aku akan cover tidur untuk satu minggu dan akan wat keje untuk minggu seterusnya. Aku tahu aku perlukan kerja dan modal untuk bisnes aku yang akan datang. Tunggu saja waktu itu tiba dan ketika itu aku ada misi asal yang aku tak pernah bagitahu sesiapapun kat dunia ini.,.ada benda aku perlu buat. Mungkin itulah sebab aku lahir kat dunia ini. Aku akur aku insan biasa. Masih banyak kerja yang perlu aku lakukan..

Dan..malam ini aku pulang ke rumah walaupun aku nekad nak tidur kat kolej e. Rasanya aku tak sanggup nak tido kat sana lagi. bikin hati panas dan sedih saje. Aku dapat rasakan aku tak perlu berada di sana lagi. Dan aku tahu, aku perlu buat sesuatu. Dan kerja dan penat menjadi rutin harian aku sekarang. Aku perlukan kerja yang sesuai dengan diri aku. Dan aku dah dapat..

Tak ragu aku katakan aku ada matlamat yang perlu aku capai. Nantikan saja waktu itu dan aku tahu aku boleh lakukannya.

Kelas latihan malam tadi walaupun 2 orang lelaki aja budak asas namun aku akur yang mungkin mereka ada potensi untuk diketengahkan. Amalkan saja apa yang korang belajar dan niat untuk belajar biarlah kerana ilmu itu sendiri bukan kerana orang lain. Jika korang belajar untuk orang lain atau ikut-ikutan..aku tak ada satu sen ilmu nak habaq kat korang..korang belajar la sendiri..ilmu yang kita dapat tu untuk diamalkan bukan untuk simpan dalam dompet..tapi siapala aku nak decide korang amalkan atau tak kan? Siapalah aku nak ajar atau cakap bukan2 pada korang. Ini korang sendiri kena faham sendirilah..aku bukan mak abah korang. Aku hanya insan biasa..

OKlah..setat dua tiga hari ini aku dah melalut. Dulu selalu merepek. Sekarang dah macam-macam aku buat. Apapun, cukuplah setakat ni dlu..kita jumpa lain kalam. Akum..

Ps : Menghitung hari nak balik Banting..ada lebih 30 hari lagi..


   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments